Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/459839
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorTajul Arifin Muhamad, Prof. Madya Dr.
dc.contributor.authorMohamad Firdaus Ahmad (P76305)
dc.date.accessioned2023-09-13T09:33:30Z-
dc.date.available2023-09-13T09:33:30Z-
dc.date.issued2016-11-25
dc.identifier.otherukmvital:97075
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/459839-
dc.descriptionPelaksanaan Dasar 1 Murid 1 Sukan (D1M1S) yang dilaksanakan di sekolah memberi fokus utama terhadap penglibatan murid yang kurang aktif untuk turut serta dalam aktivti sukan disamping menggilap bakat murid yang mempunyai potensi untuk dibangunkan. Namun begitu, tahap pelaksanaan dasar tersebut dalam kalangan guru-guru sebagai golongan pelaksana harus dikaji dan dikenalpasti bagi membantu merealisasikan matlamat D1M1S disamping meningkatkan kualiti kerja ke tahap yang lebih tinggi. Kajian ini dijalankan bertujuan untuk mengenalpasti tahap pelaksanaan D1M1S dalam kalangan guru-guru sekolah menengah di daerah Kluang, Johor, perbezaan pelaksanaan D1M1S berdasarkan jantina dan kategori sekolah serta hubungan yang ada berdasarkan elemen kemahiran, kefahaman, komitmen dan kemudahan sukan. Faktor utama kejayaan pelaksanaan D1M1S adalah berkait rapat dengan guru-guru sendiri sebagai golongan pelaksana. Kajian ini dijalankan terhadap 389 orang guru sekolah menengah di daerah Kluang, Johor. Data kajian yang diperoleh melalui borang soal selidik mengandungi 36 item ditadbirkan kepada sampel untuk mengukur elemen kemahiran, komitmen, kefahaman dan kemudahan sukan. Nilai pekali kebolehpercayaan Cronbach Alpha bagi instrumen kajian ini adalah 0.95. Data di analisis menggunakan analisis deskriptif (min, sisihan piawai dan frekuensi) dan analisis inferensi (ujian-t sampel bebas dan korelasi pearson). Dapatan kajian menunjukkan kefahaman guru terhadap D1M1S berada pada tahap tinggi manakala elemen kemahiran, komitmen dan kemudahan sukan pula berada pada tahap sederhana. Selain itu, terdapat perbezaan min pelaksanaan D1M1S secara signifikan berdasarkan jantina guru bagi elemen kemahiran dengan nilai (p=0.00 < 0.05) manakala tidak terdapat perbezaan min pelaksanaan D1M1S secara signifikan berdasarkan kategori sekolah bagi elemen kemahiran, kefahaman, komitmen dan kemudahan sukan. Dapatan kajian juga menunjukkan bahawa hubungan diantara elemen kefahaman dan komitmen adalah tinggi. Justeru, setiap guru yang terlibat dalam pelaksanaan D1M1S di sekolah perlu memberikan usaha penuh dan sentiasa komited bagi memastikan matlamat D1M1S tercapai,Tesis ini tidak ada Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah"
dc.language.isomay
dc.publisherUKM, Bangi
dc.relationFaculty of Education / Fakulti Pendidikan
dc.rightsUKM
dc.subjectDasar 1 Murid 1 Sukan
dc.subjectGuru
dc.subjectSukan
dc.subjectSekolah menengah
dc.subjectUniversiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
dc.titlePelaksanaan Dasar 1 Murid 1 Sukan dalam kalangan guru sekolah menengah daerah Kluang, Johor
dc.typetheses
dc.format.pages116
dc.identifier.barcode002876(2017)
Appears in Collections:Faculty of Education / Fakulti Pendidikan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_97075+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
336.89 kBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.