Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/459837
Title: | Tahap penguasaan kemahiran proses sains dalam kalangan guru sains sekolah menengah di zon Bangsar |
Authors: | Emeliana Tompang (P73813) |
Supervisor: | Shahlan Surat, Dr. |
Keywords: | Guru Sains Sekolah menengah Kemahiran Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations |
Issue Date: | 30-May-2017 |
Description: | Kemahiran saintifik perlu diterapkan bagi membudayakan pendidikan sains sejak di awal persekolahan. Proses penerapan kemahiran saintifik boleh diajar menggunakan kemahiraan proses sains (KPS). Justeru itu bagi melahirkan pelajar yang menguasai KPS, maka guru perlulah terlebih dahulu menguasai kemahiran ini secara konseptual dan operasional dengan eksplisit. Maka kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap penguasaan kemahiran proses sains (asas dan bersepadu) secara konseptual dan operasional serta hubungan di antaranya dalam kalangan guru sains sekolah menengah di zon Bangsar, Kuala Lumpur. Sampel kajian terdiri daripada 113 orang guru sains teras dan 108 orang guru sains tulen. Kajian kuantitatif berbentuk tinjauan dengan menggunakan soal selidik telah diedarkan. Data dianalisa secara deskriptif yang melibatkan skor min, sisihan piawai dan frekuensi bagi menganalisis tahap penguasaan KPS guru. Analisis Kruskal-Wallis adalah untuk mengkaji perbezaan penguasaan KPS guru berdasarkan pengalaman. Manakala analisis MANOVA pula digunakan untuk mengkaji perbezaan penguasaan KPS guru berdasarkan subjek diajar, subjek sains tulen yang diajar serta opsyen yang diikuti. Bagi mengkaji hubungan antara KPS secara konseptual dengan operasional, analisis Korelasi Pearson digunakan. Temu bual juga telah dijalankan ke atas 11 orang guru yang dipilih secara rawak untuk menguji tahap penguasaan KPS mereka secara konseptual. Dapatan menunjukkan tahap penguasaan KPS asas dan bersepadu secara konseptual berada pada tahap sederhana manakala secara operasional berada pada tahap baik. Hasil kajian juga menunjukkan terdapat hubungan yang positif antara KPS asas dan bersepadu secara konseptual serta operasional. Hasil temu bual yang dijalankan mendapati guru sains masih tidak dapat menguasai terma di dalam komponen KPS dengan tepat. Kesimpulan menunjukkan bahawa guru sains dapat menguasai KPS secara operasional tetapi tidak secara konseptual. Maka penekanan perlu diberikan terhadap pengetahuan KPS secara konseptual dalam latihan pra dan latihan dalam perkhidmatan agar guru berupaya untuk menguasai serta melaksanakannya secara berkesan juga bermakna.,Tesis ini tidak ada Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah" |
Pages: | 193 |
Publisher: | UKM, Bangi |
Appears in Collections: | Faculty of Education / Fakulti Pendidikan |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_97074+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 189.78 kB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.