Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/459834
Full metadata record
DC Field | Value | Language |
---|---|---|
dc.contributor.advisor | Anuar Ahmad | |
dc.contributor.author | Suzanah Jumat (P71674) | |
dc.date.accessioned | 2023-09-13T09:33:26Z | - |
dc.date.available | 2023-09-13T09:33:26Z | - |
dc.date.issued | 2017-01-11 | |
dc.identifier.other | ukmvital:97071 | |
dc.identifier.uri | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/459834 | - |
dc.description | Kajian ini bertujuan untuk melihat tahap interaksi sosial kanak-kanak bukan warganegara dari aspek demografi lima buah Pusat Pembelajaran Alternatif di bawah seliaan Majlis Keselamatan Dalam Negara (MKN) di Pantai Barat Sabah. Kajian ini menggunakan konsep kemahiran asas Sosial yang diadaptasi dari Social Skills Rating System (SSRS) Frank M. Gresham dan Stephen Eliot (1970) dari aspek asertasi, empati, kerjasama dan kawalan diri. Sampel kajian terdiri daripada 255 orang kanak–kanak yang menjadi pelajar di lima buah Pusat Pembelajaran Alternatif MKN. Data dianalisis menggunakan statistik deskriptif dan inferensi. Analisis statistik deskriptif menggunakan peratusan, kekerapan dan min bagi mengenalpasti demografi sampel secara keseluruhan. Manakala statistik inferansi iaitu Ujian T, ANOVA dan KOLERASI Pearson digunakan untuk menganalisis data dengan menggunakan perisian The Statistical Package Social Science (SPSS) versi 21. Dapatan menunjukkan interaksi sosial kanak-kanak berada pada tahap tinggi yang ditunjukkan oleh aspek kerjasama, sementara ciri empati, asertasi, dan kawalan diri berada pada tahap rendah. Merujuk pada Ujian T tidak bersandar, berdasarkan aspek jantina, lokasi dan umur menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan skor min interaksi sosial kanak-kanak bukan warganegara. Bagi analisis ANOVA Sehala yang dilakukan terhadap aspek etnik menunjukkan terdapat perbezaan signifikan skor min interaksi sosial kanak-kanak bukan warganegara. Analisis Kolerasi Pearson yang dijalankan mendapati terdapat hubungan yang signifikan antara skor interaksi sosial dengan pencapaian akademik. Kepentingan kajian ini adalah dari aspek merancang program pendidikan yang sesuai dengan kehendak dan persekitaran golongan ini. Persekitaran pusat pembelajaran MKN menunjukkan motivasi, sikap dan kemudahan yang disediakan menyumbang kepada perkembangan interaksi sosial kanak-kanak bukan warganegara. Oleh itu NGO dan masyarakat boleh memainkan peranan secara kolektif dalam menyediakan pendidikan selaras dengan hasrat pedidikan untuk semua.,Tesis ini tidak ada Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah" | |
dc.language.iso | may | |
dc.publisher | UKM, Bangi | |
dc.relation | Faculty of Education / Fakulti Pendidikan | |
dc.rights | UKM | |
dc.subject | Interaksi sosial | |
dc.subject | Kanak-kanak | |
dc.subject | Bukan warganegara | |
dc.subject | Sabah | |
dc.subject | Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations | |
dc.title | Interaksi sosial kanak-kanak bukan warganegara di Pusat Pembelajaran Alternatif Majlis Keselamatan Negara, Pantai Barat Sabah | |
dc.type | theses | |
dc.format.pages | 110 | |
dc.identifier.barcode | 002872(2017) | |
Appears in Collections: | Faculty of Education / Fakulti Pendidikan |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_97071+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 355.11 kB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.