Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/459833
Title: | Tahap penguasaan kemahiran kesediaan ke sekolah kanak-kanak bermasalah pendengaran |
Authors: | Norizan Saed Ahmad (P66441) |
Supervisor: | Aliza Alias, Dr. |
Keywords: | Kanak-kanak Pendengaran Kesediaan Sekolah Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations |
Issue Date: | 13-Jan-2017 |
Description: | Kajian ini bertujuan mengkaji tahap penguasaan kemahiran kesediaan ke sekolah dalam kalangan kanak-kanak bermasalah pendengaran. Konteks kemahiran kesediaan ke sekolah dalam kajian ini memberi fokus kepada aspek kesediaan akademik dan kesediaan diri. Aspek kesediaan akademik kajian ini mencakupi tiga elemen iaitu asas membaca dan menulis; asas literasi dan komunikasi; dan asas numerasi. Manakala elemen kesediaan diri pula memberi tumpuan kepada elemen regulasi personal; regulasi sosial; dan kemahiran bantu diri. Kajian ini menggunakan kaedah persampelan bertujuan yang melibatkan 80 orang kanak-kanak bermasalah pendengaran yang berumur lima dan enam tahun yang sedang mengikuti terapi pertuturan. Soal selidik kajian ini diisi oleh pengkaji dengan bantuan ibu bapa dan patalogis pertuturan kanak-kanak bermasalah pendengaran tersebut. Data kajian ini dianalisis secara deskriptif dan inferensi untuk menentukan tahap penguasaan kesediaan ke sekolah dalam kalangan kanak-kanak bermasalah pendengaran yang mengikuti terapi pertuturan. Keputusan analisis deskriptif mendapati tahap penguasaan kemahiran kesediaan kesediaan ke sekolah (akademik & diri) kanak-kanak bermasalah pendengaran adalah pada tahap sederhana. Hasil penganalisisan MANOVA menunjukkan terdapat perbezaan pada tahap penguasaan kemahiran kesediaan ke sekolah (akademik mahupun diri) kanak-kanak bermasalah pendengaran berdasarkan faktor jantina, umur diagnosis kepekakan dan pendidikan pra sekolah. Secara rumusannya, hasil analisis data menunjukkan pola tahap penguasaan kemahiran kesediaan akademik kanak-kanak bermasalah pendengaran adalah lebih rendah daripada tahap penguasaan kemahiran kesediaan diri. Perbezaan ini memberi kesan kepada amalan pendidikan kanak-kanak bermasalah pendengaran dari segi pelaksanaan program intervensi awal terapi pertuturan dan kurikulum pendidikan pra sekolah melalui proses pengajaran dan pembelajaran formal di sekolah.,Tesis ini tidak ada Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah" |
Pages: | 166 |
Publisher: | UKM, Bangi |
Appears in Collections: | Faculty of Education / Fakulti Pendidikan |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_97070+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 385.97 kB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.