Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/459832
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorAnuar Ahmad
dc.contributor.authorNelson Jinggan (P71631)
dc.date.accessioned2023-09-13T09:33:24Z-
dc.date.available2023-09-13T09:33:24Z-
dc.date.issued2016-08-19
dc.identifier.otherukmvital:97068
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/459832-
dc.descriptionKajian bertujuan melihat kompetensi guru Sejarah berdasarkan pengetahuan, kemahiran dan kualiti peribadi dalam pengajaran dan hubungannya dengan pencapaian akademik pelajar dalam mata pelajaran Sejarah. Seramai 331 pelajar tingkatan empat dari empat buah sekolah menengah di Daerah Simunjan dan Serian terlibat dalam kajian ini. Kajian dilakukan melalui kaedah tinjauan soal selidik yang menggunakan skala Likert Lima Poin dan ditadbir sendiri penyelidik serta dibantu oleh guru mata pelajaran di setiap sekolah yang terpilih. Data kajian dianalisis menggunakan Program SPSS versi 22.0. Statistik deskriptif seperti frekuensi, peratusan, sisihan piawai dan skor min digunakan untuk melihat taburan profil responden, kompetensi guru dalam pengajaran dan pencapaian pelajar dalam mata pelajaran Sejarah. Manakala statistik inferensi yang digunakan ialah Ujian-t, dan Kolerasi Pearson untuk menjawab persoalan kajian serta menguji hipotesis kajian yang telah dibina. Dapatan kajian menunjukkan guru Sejarah memiliki kompetensi yang tinggi dalam keenam-enam aspek kompetensi yang dibincangkan dari persepsi pelajar. Manakala Ujian-t menunjukkan bahawa terdapat perbezaan yang signifikan persepsi pelajar lelaki dan perempuan terhadap kompetensi guru Sejarah dalam pengajaran dari aspek pengetahuan isi kandungan dan kualiti peribadi. Hasil analisis kolerasi mendapati terdapat hubungan positif yang signifikan antara kompetensi guru dari aspek pengetahuan isi kandungan subjek dan kompetensi kualiti peribadi dengan pencapaian akademik pelajar. Namun kajian tidak menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan antara kompetensi guru Sejarah dalam pengajaran dari aspek pengetahuan pedagogi, kemahiran mempelbagaikan strategi pengajaran, kemahiran membuat penilaian pembelajaran dan kemahiran penggunaan teknologi maklumat dengan pencapaian akademik pelajar. Implikasi kajian kepada guru Sejarah dan pihak yang berwajib ialah perlunya satu tranformasi dalam mempersiapkan guru dengan segala aspek ilmu yang mendalam terhadap bidang pengkhususannya agar mampu meningkatkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran seterusnya mampu melahirkan pelajar yang cemerlang dalam mata pelajaran Sejarah.,Tesis ini tidak ada Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah"
dc.language.isomay
dc.publisherUKM, Bangi
dc.relationFaculty of Education / Fakulti Pendidikan
dc.rightsUKM
dc.subjectKompetensi
dc.subjectGuru
dc.subjectSejarah
dc.subjectAkademik
dc.subjectUniversiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
dc.titleKompetensi guru Sejarah dan hubungannya dengan pencapaian akademik pelajar
dc.typetheses
dc.format.pages139
dc.identifier.barcode002870(2017)
Appears in Collections:Faculty of Education / Fakulti Pendidikan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_97068+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
453.84 kBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.