Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/459831
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorZamri Mahamod, Prof. Dr.
dc.contributor.authorEzwafahmey Ahmad Kusaini (P79761)
dc.date.accessioned2023-09-13T09:33:23Z-
dc.date.available2023-09-13T09:33:23Z-
dc.date.issued2017-01-20
dc.identifier.otherukmvital:97067
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/459831-
dc.descriptionKajian ini dijalankan bertujuan untuk mengenal pasti tahap pelaksanaan amalan Komuniti Pembelajaran Profesional (KPP) Guru Cemerlang Bahasa Melayu (GCBM) sekolah menengah di negeri Melaka berdasarkan lima dimensi utama KPP, iaitu kepimpinan berkongsi dan menyokong, kesepunyaan nilai, matlamat, visi dan misi, pembelajaran kolektif dan aplikasi, amalan pembelajaran personal dan keadaan yang menyokong. Selain itu, kajian ini dijalankan adalah untuk menganalisis persepsi GCBM terhadap pelaksanaan amalan KPP di sekolah menengah berdasarkan jantina, kelayakan akademik, gred sekolah mengajar dan kategori sekolah mengajar serta menganalisis tahap kesediaan GCBM menilai dan menyelia pengajaran guru, menyelaras kurikulum dan memantau pencapaian akademik murid berdasarkan umur, tempoh perkhidmatan, pengalaman menjadi GC, jenis sekolah mengajar dan aktiviti KPP yang dilaksanakan. Kajian kuantitatif berbentuk tinjauan merupakan reka bentuk kajian yang dipilih dengan menggunakan instrumen soal selidik bagi mendapatkan data-data berdasarkan objektif dan persoalan kajian yang dibina. Sampel kajian terdiri daripada 44 orang GCBM sekolah menengah di negeri Melaka yang terlibat aktif dalam pelaksanaan amalan KPP di peringkat sekolah, Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) mahupun Jabatan Pendidikan Negeri (JPN). Data kajian dianalisis menggunakan analisis deskriptif yang melibatkan nilai min, sisihan piawai, frekuensi dan peratus manakala analisis inferensi pula melibatkan pengujian hipotesis dengan menggunakan ujian-t dan ujian ANOVA sehala. Dapatan kajian menunjukkan bahawa nilai min keseluruhan bagi tahap pelaksanaan amalan KPP GCBM sekolah menengah di negeri Melaka berdasarkan lima dimensi utama KPP adalah tinggi, iaitu 4.05. Hasil analisis ujian-t menunjukkan bahawa tidak terdapat perbezaan yang signifikan persepsi GCBM terhadap pelaksanaan amalan KPP di sekolah menengah berdasarkan jantina, kelayakan akademik, gred sekolah mengajar dan kategori sekolah mengajar dengan nilai signifikan p>.05. GCBM juga memberikan respons positif terhadap pelaksanaan amalan KPP di sekolah menengah dengan nilai min 4.00. Bagi tahap kesediaan GCBM menilai dan menyelia pengajaran guru, menyelaras kurikulum dan memantau pencapaian akademik murid pula adalah tinggi dengan nilai min keseluruhan 4.11. Analisis ujian ANOVA sehala membuktikan bahawa tidak terdapat perbezaan yang signifikan tahap kesediaan GCBM menilai dan menyelia pengajaran guru, menyelaras kurikulum dan memantau pencapaian akademik murid berdasarkan umur, tempoh perkhidmatan, pengalaman menjadi GC, jenis sekolah mengajar dan aktiviti KPP yang dilaksanakan.,Tesis ini tidak ada Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah"
dc.language.isomay
dc.publisherUKM, Bangi
dc.relationFaculty of Education / Fakulti Pendidikan
dc.rightsUKM
dc.subjectKomuniti Pembelajaran Profesional
dc.subjectGuru
dc.subjectBahasa Melayu
dc.subjectAmalan
dc.subjectUniversiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
dc.titlePelaksanaan amalan Komuniti Pembelajaran Profesional Guru Cemerlang Bahasa Melayu sekolah menengah
dc.typetheses
dc.format.pages203
dc.identifier.barcode002869(2017)
Appears in Collections:Faculty of Education / Fakulti Pendidikan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_97067+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
328.16 kBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.