Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/459830
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorTajul Arifin Muhamad, Prof. Madya Dr.
dc.contributor.authorNur Dalilah Dahlan (P71648)
dc.date.accessioned2023-09-13T09:33:22Z-
dc.date.available2023-09-13T09:33:22Z-
dc.date.issued2016-08-29
dc.identifier.otherukmvital:97066
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/459830-
dc.descriptionSukan memberi impak yang positif dalam mengoptimumkan keupayaan fizikal pelajar selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang memberi tumpuan ke arah melahirkan insan yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Terdapat bukti yang mengesahkan bahawa kekuatan mental boleh memberi kesan kepada prestasi dalam bidang seperti pendidikan. Kajian ini dijalankan bertujuan untuk mengkaji hubungan kekuatan mental dan prestasi akademik atlet bola sepak di Universiti Kebangsaan Malaysia . Mental Toughness Questionnaire 48 (MTQ48) diguna pakai untuk mengukur 4 konstruk kajian kekuatan mental yang dibangunkan oleh Clough et al. (2002) iaitu keyakinan diri (confidence), komitmen (commitment), cabaran (challenge) dan kawalan diri (self-control). Sampel kajian ini adalah seramai 40 orang atlet bola sepak UKM. Hasil kajian mendapati nilai min yang tertinggi bagi faktor kekuatan mental adalah keyakinan (M = 4.28) diikuti oleh cabaran (M = 4.26).Namun begitu, kajian menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan dalam kalangan atlet bola sepak UKM bagi keempat-empat faktor kekuatan mental iaitu komitmen (Chi Square = 0.017, p>0.05), kawalan diri (Chi Square = 5.683, p>0.05), cabaran (Chi Square = 1.286, p>0.05) dan keyakinan (Chi Square = 1.875, p>0.05)berdasarkan pengalaman mereka dalam sukan yang diceburi. Walau bagaimanapun,hasil kajian mendapati faktor kekuatan mental (r = 0.398, p<0.05) mempunyai hubungan yang signifikan terhadap pencapaian akademik atlet bola sepak UKM. Dapatan kajian ini mendapati konstruk keyakinan diri (13.4%) merupakan faktor kekuatan mental utama yang paling menyumbang kepada pencapaian akademik atlet bola sepak UKM. Dapatan kajian ini diharap dapat membantu pihak universiti,jurulatih, ahli psikologi dan atlet-atlet yang mewakili universiti untuk memahami kepentingan aspek psikologi bagi mencapai kejayaan mereka sama ada dalam bidang sukan mahupun akademik. Atlet yang mempunyai kekuatan mental yang tinggi akan mempengaruhi prestasi akademik yang cemerlang. Pengkaji mencadangkan agar kajian akan datang dapat mengkaji atlet-atlet dari sukan yang berbeza dengan sampel kajian yang lebih besar.,Tesis ini tidak ada Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah"
dc.language.isomay
dc.publisherUKM, Bangi
dc.relationFaculty of Education / Fakulti Pendidikan
dc.rightsUKM
dc.subjectAtlet
dc.subjectBola sepak
dc.subjectMental
dc.subjectAkademik
dc.subjectUniversiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
dc.titleHubungan kekuatan mental dan prestasi akademik atlet bola sepak Universiti Kebangsaan Malaysia
dc.typetheses
dc.format.pages108
dc.identifier.barcode002868(2017)
Appears in Collections:Faculty of Education / Fakulti Pendidikan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_97066+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
98.33 kBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.