Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/459824
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorZolkepeli Haron
dc.contributor.authorNur Hafizah Mahamad (P61957)
dc.date.accessioned2023-09-13T09:33:16Z-
dc.date.available2023-09-13T09:33:16Z-
dc.date.issued2016-04-29
dc.identifier.otherukmvital:97061
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/459824-
dc.descriptionSelaras dengan dasar baru pendidikan yang mengutamakan pentaksiran oleh guru di sekolah, aspek keadilan dan bias di dalam setiap item pentaksiran pelajar perlu dititikberatkan. Kajian dijalankan untuk mengenal pasti kefahaman guru mata pelajaran Bahasa Melayu di sekolah kebangsaan tentang bias budaya dalam ujian dan amalan mereka dalam pembinaan soalan pengujian bilik darjah yang adil. Kajian ini dijalankan di sekolah kebangsaan daerah Hulu Langat, Selangor. Kajian telah melibatkan 162 orang guru yang mengajar subjek Bahasa Melayu. Kajian kuantitatif ini menggunakan instrumen yang terdiri daripada soalan kefahaman bias budaya dalam ujian dan soal selidik amalan guru untuk memperoleh maklumat kefahaman dan amalan oleh guru dalam membina ujian yang adil. Dapatan kajian menggunakan analisis secara diskriptif dan analisis inferensi menggunakan ujian korelasi Pearson dan ujian-t. Dapatan kajian menunjukkan tahap kefahaman guru tentang bias budaya dalam soalan pengujian bilik darjah bahasa Melayu adalah sederhana, manakala tahap amalan guru dalam membina soalan pengujian bilik darjah bahasa Melayu yang adil adalah tinggi. Walau bagaimanapun, tidak terdapat hubungan yang signifikan kefahaman guru dengan amalan guru dalam membina soalan pengujian bahasa Melayu tanpa bias budaya. Berdasarkan opsyen guru, kajian mendapati terdapat perbezaan kefahaman guru tentang bias budaya dalam soalan ujian bilik darjah Bahasa Melayu. Walau bagaimanapun, tidak terdapat perbezaan amalan guru dalam pembinaan soalan ujian yang adil berdasarkan opsyen guru. Sumbangan kajian penting ke arah penambahbaikan pembinaan item ujian di dalam bilik darjah. Dicadangkan kajian seterusnya ke atas pelajar dilakukan untuk mengetahui persepsi mereka terhadap soalan ujian bilik darjah yang digunakan oleh guru.,Tesis ini tidak ada Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah"
dc.language.isomay
dc.publisherUKM, Bangi
dc.relationFaculty of Education / Fakulti Pendidikan
dc.rightsUKM
dc.subjectGuru
dc.subjectUjian bilik darjah
dc.subjectBias
dc.subjectBudaya
dc.subjectAmalan
dc.subjectUniversiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
dc.titleKefahaman guru tentang bias budaya dalam ujian dan amalan mereka dalam pembinaan soalan pengujian bilik darjah yang adil
dc.typetheses
dc.format.pages135
dc.identifier.barcode002863(2017)
Appears in Collections:Faculty of Education / Fakulti Pendidikan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_97061+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
292.7 kBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.