Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/459822
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorMohd Hanafi Mohd Yasin, Prof. Madya Dr.
dc.contributor.authorSapira Samat@Yusoff (P72629)
dc.date.accessioned2023-09-13T09:33:14Z-
dc.date.available2023-09-13T09:33:14Z-
dc.date.issued2016-03-02
dc.identifier.otherukmvital:97059
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/459822-
dc.descriptionKajian ini bertujuan untuk meninjau pengetahuan dan sikap guru pendidikan khas Masalah Pembelajaran terhadap amalan penerapan elemen kreativiti dan inovasi, keusahawanan dan Teknologi Maklumat dan Komunikasi dalam Kurikulum Standard Sekolah Rendah Pendidikan Khas (KSSRPK). Kajian ini juga melihat masalah yang dihadapi oleh guru serta faktor-faktor yang dapat meningkatkan sikap dan pengetahuan guru dalam menerapkan elemen-elemen tersebut. Selain itu, hubungan antara pengetahuan guru pendidikan khas Masalah Pembelajaran dengan sikap guru pendidikan khas terhadap elemen nilai tambah dalam KSSRPK (MP) turut dilihat. Kajian ini melibatkan 50 orang guru pendidikan khas Masalah Pembelajaran di lima buah sekolah rendah di daerah Miri, Sarawak. Instrument soal selidik digunakan bagi mengumpulkan data. Data-data dianalisis dengan menggunakan statistik deskriptif iaitu min, frekuensi dan peratusan serta analisis inferensi iaitu korelasi Pearson. Hasil dapatan menunjukkan pengetahuan guru terhadap penerapan elemen nilai tambah dalam KSSRPK (Masalah Pembelajaran) berada di tahap tinggi. Manakala sikap guru pula secara keseluruhannya adalah positif terhadap penerapan elemen nilai tambah dalam KSSRPK. Analisis korelasi Pearson memperlihatkan wujudnya perkaitan yang tinggi secara positif (r =0.591, p=0.00) antara pengetahuan dengan sikap guru. Masalah yang dihadapi oleh guru secara keseluruhan adalah sederhana. Faktor yang dapat meningkatkan pengetahuan dan sikap guru adalah tinggi. Justeru kajian ini memberi implikasi terhadap guru-guru pendidikan khas Masalah Pembelajaran agar mempunyai pengetahuan dan sikap yang mantap dan lengkap bagi melaksanakan penerapan elemen nilai tambah dalam KSSRPK (MP) untuk melahirkan modal insan yang berilmu, berkemahiran dan berdaya saing.,Tesis ini tidak ada Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah"
dc.language.isomay
dc.publisherUKM, Bangi
dc.relationFaculty of Education / Fakulti Pendidikan
dc.rightsUKM
dc.subjectGuru
dc.subjectPendidikan khas
dc.subjectPembelajaran
dc.subjectNilai tambah
dc.subjectUniversiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
dc.titleMeninjau tahap kesediaan guru pendidikan khas menerapkan elemen nilai tambah dalam KSSRPK (Masalah Pembelajaran)
dc.typetheses
dc.format.pages136
dc.identifier.barcode002861(2017)
Appears in Collections:Faculty of Education / Fakulti Pendidikan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_97059+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
201.04 kBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.