Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/459821
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorZanaton Hj. Iksan, Dr.
dc.contributor.authorWan Nasriha Wan Mohamed Salleh (P63693)
dc.date.accessioned2023-09-13T09:33:13Z-
dc.date.available2023-09-13T09:33:13Z-
dc.date.issued2016-06-20
dc.identifier.otherukmvital:96403
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/459821-
dc.descriptionPembelajaran berasaskan projek (PBP) merupakan kaedah pembelajaran yang melibatkan langkah-langkah pembelajaran yang sistematik dalam menghasilkan sesuatu produk maujud yang kreatif dan inovatif. Secara tidak langsung PBP melibatkan penglibatan aktif dan kerjasama pelajar dalam menyelesaikan tugasan projek. Topik pembahagian sel merupakan salah satu tajuk yang abstrak dan sukar digambarkan oleh pelajar. Oleh sebab itu, modul ini dibina dengan menggunakan kaedah PBP bagi topik pembahagian sel supaya pelajar dapat menghasilkan sesuatu produk yang maujud dan boleh dilihat. Di samping memberi kesan positif dari segi pengetahuan dan pemahaman pelajar terhadap konsep abstrak yang terdapat dalam topik pembahagian sel. Maka kajian ini dijalankan untuk membina Modul pembelajaran berasaskan projek bagi tajuk Pembahagian Sel. Modul ini telah dibina dalam lima peringkat berdasarkan Model ADDIE iaitu peringkat analisis, peringkat reka bentuk, peringkat pembangunan, peringkat pelaksanaan dan peringkat penilaian. Modul yang dibina berdasarkan kurikulum biologi tingkatan empat yang mengandungi bahan pembelajaran, peta konsep, aktiviti PBP, lembaran kerja, soalan refleksi, rubrik penilaian dan glosari. Langkah-langkah aktiviti modul adalah berdasarkan langkah-langkah pembelajaran Lima Fasa Needham yang mengintergrasikan teori pembelajaran konstruktivisme, constructionism dan teori kreativiti. Penilaian modul dilakukan oleh lima orang pakar dalam bidang Biologi dan pembinaan modul dengan menggunakan borang soal selidik yang merangkumi soal selidik penilaian modul dan penilaian kesahan modul. Manakala soal selidik penilaian kebolehgunaan modul dijawab oleh 30 orang pelajar tingkatan empat disalah sebuah sekolah di Daerah Hulu Langat. Data diproses dan dianalisis secara deskriptif menggunakan perisian Statistical Package for the Social Sciences (SPSS) untuk mendapatkan nilai kekerapan, peratus, min dan sisihan piawai. Dapatan kajian menunjukkan bahawa modul ini menepati kriteria penilaian modul dari segi reka bentuk, isi kandungan, aktiviti projek, bahasa/teks dan grafik/gambar/gambar rajah.Keputusan juga menunjukkan bahawa modul PBP ini mempunyai kesahan kandungan yang baik iaitu 84.8% dan menunjukkan nilai kebolehgunaan yang baik. Ini menunjukkan bahawa modul ini sesuai dan boleh digunakan dalam P&P biologi. Hasil dapatan juga mendapati bahawa modul ini menepati kriteria pembelajaran berasaskan projek yang diaplikasikan dalam aktiviti projek. Dengan terbinanya modul ini diharapkan dapat dijadikan panduan kepada guru dan pelajar untuk menjalankan kaedah PBP terutama dalam mata pelajaran Biologi. Seterusnya dapat melahirkan pelajar yang bukan sahaja berilmu pengetahuan malah mempunyai kemahirankemahiran yang diperlukan dalam mengharungi cabaran abad ke-21 ini.,Tesis ini tidak ada Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah"
dc.language.isomay
dc.publisherUKM, Bangi
dc.relationFaculty of Education / Fakulti Pendidikan
dc.rightsUKM
dc.subjectModul pembelajaran
dc.subjectTugasan projek
dc.subjectTopik Pembahagian Sel
dc.subjectUniversiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
dc.subjectDissertations, Academic -- Malaysia
dc.titlePembinaan modul pembelajaran berasaskan projek bagi tajuk Pembahagian Sel
dc.typetheses
dc.format.pages244
dc.identifier.barcode002727(2017)
Appears in Collections:Faculty of Education / Fakulti Pendidikan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_96403+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
143.48 kBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.