Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/459819
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorNik Mohd Rahimi Nik Yusoff, Prof. Madya Dr.
dc.contributor.authorHairul Faiezi Lokman (P73663)
dc.date.accessioned2023-09-13T09:33:12Z-
dc.date.available2023-09-13T09:33:12Z-
dc.date.issued2016-08-05
dc.identifier.otherukmvital:96401
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/459819-
dc.descriptionKajian yang dijalankan ini adalah berbentuk kajian tindakan dengan menggunakan pendekatan kualitatif. Model Kemmis dan Mc Taggart (1988) digunakan bagi melaksanakan kajian berkenaan penggunaan aplikasi Edmodo dalam PdP Pendidikan Moral. Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti keberkesanan aplikasi Edmodo terhadap kefahaman nilai dan mengenalpasti maklum balas murid terhadap penggunaan aplikasi ini dalam PdP Pendidikan Moral. Seramai 23 orang murid Pendidikan Moral Tingkatan 4 daripada 3 buah kelas dijadikan sebagai sampel bertujuan dalam kajian ini. Mereka terdiri daripada pelbagai kaum Cina, India dan lain-lain. Data dikumpul menggunakan teknik analisis dokumen, temu bual kumpulan berfokus dan jurnal refleksi. Data yang dikumpul kemudiannya dianalisis menggunakan kaedah analisis tema. Bagi mendapatkan data, dua buah Rancangan Pengajaran Harian (RPH) digunakan, melalui dua buah gelungan kajian tindakan untuk menjawab soalan-soalan kajian. Dapatan kajian menunjukkan aplikasi Edmodo dapat memberikan kefahaman nilai dalam PdP Pendidikan Moral. Murid dapat memahami nilai dalam pengajaran yang disampaikan melalui aplikasi Edmodo dengan berfikir secara rasional, membuat pertimbangan yang tepat dan murid boleh bertindak dengan relevan. Selain itu, murid telah menunjukkan maklum balas yang sangat baik sepanjang pengajaran dilaksanakan. Maklum balas murid menunjukkan aplikasi Edmodo telah mendorong minat murid untuk belajar, kerana murid tertarik dengan kaedah, gaya dan penggunaaan bahan multimedia berasaskan teknologi pendidikan. Maklumbalas murid juga menunjukkan bahawa, aplikasi Edmdo ini telah dapat memperkayakan ilmu pengetahuan murid melalui pautan set induksi , pemupukan elemen KBAT dan juga melalui aktiviti interaktif yang dijana. Dapatan kajian ini memberikan kesan yang penting terhadap proses pedagogi pengajaran Pendidikan Moral di sekolah. Selain mendokong hasrat matlamat program Pendidikan Moral negara, kajian ini turut memberikan idea dalam sebuah proses pengajaran alaf baharu yang menjadikan teknologi sebagai medium pengajaran selaras dengan teras ke-7 transformasi pendidikan negara dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM 2013-2025).,Tesis ini tidak ada Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah"
dc.language.isomay
dc.publisherUKM, Bangi
dc.relationFaculty of Education / Fakulti Pendidikan
dc.rightsUKM
dc.subjectAplikasi Edmodo
dc.subjectPendidikan Moral
dc.subjectPengajaran
dc.subjectPembelajaran
dc.subjectSekolah menengah
dc.subjectUniversiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
dc.titleKajian tindakan penggunaan aplikasi Edmodo dalam pengajaran dan pembelajaran (PdP) Pendidikan Moral sekolah menengah
dc.typetheses
dc.format.pages225
dc.identifier.barcode002725(2017)
Appears in Collections:Faculty of Education / Fakulti Pendidikan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_96401+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
420.23 kBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.