Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/459817
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorMuhammad Husin, Prof. Madya Dr.
dc.contributor.authorNurul Hana Abdullah Ba'awi (P59078)
dc.date.accessioned2023-09-13T09:33:10Z-
dc.date.available2023-09-13T09:33:10Z-
dc.date.issued2015-03-16
dc.identifier.otherukmvital:96399
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/459817-
dc.descriptionPenerokaan terhadap isu-isu kewangan peribadi telah meningkat dengan ketara kebelakangan ini, terutamanya dalam aspek pengurusan kewangan. Kajian-kajian lepas menunjukkan siswazah baru tamat pengajian tidak bersedia untuk membayar balik pinjaman pengajian tinggi. Fenomena sebegini cenderung dilihat sebagai kekurangan pengetahuan dan kemahiran dalam pengurusan kewangan. Satu daripada kursus untuk perkembangan individu yang telah dituntut kebelakangan ini adalah literasi kewangan. Kajian ini bertujuan untuk mengetahui tahap literasi kewangan semasa pelajar Universiti Kebangsaan Malaysia dan mengetahui jenis aliran serta sumber pemerolehan literasi kewangan. Kaedah tinjauan dan temubual secara kumpulan berfokus telah digunakan dalam kajian ini. Sampel kajian terdiri daripada 274 sampel pelajar ijazah sarjana muda dari kampus induk Bangi. Soal selidik digunakan sebagai instrumen kajian dan merupakan alat yang dibangunkan oleh penyelidik sendiri berdasarkan adaptasi daripada beberapa kajian. Instrumen ini telah didapati sah berdasarkan kesahan pakar dan mempunyai kepercayaan yang sederhana melalui kajian rintis. Data kuantitatif yang diperolehi dianalisis menggunakan perisian SPSS 20.0 dengan melibatkan kaedah analisis deskriptif dan kaedah analisis inferensi. Manakala data kualitatif dianalisis menggunakan tiga proses utama iaitu mereduksi data, memaparkan data dan membuat kesimpulan. Hasil dapatan menunjukkan tahap literasi kewangan bagi kalangan pelajar secara keseluruhannya adalah sederhana. Terdapat perbezaan yang signifikan bagi min antara tahap literasi kewangan terhadap konstruk, jenis aliran dan fakulti. Hasil kajian juga mendapati tahap literasi kewangan tertinggi ialah Fakulti Ekonomi dan Perniagaan (FEP). Didapati pelajar lelaki menggunakan pelbagai sumber untuk dirujuk bagi mendapatkan maklumat kewangan berbanding perempuan. Hasil kajian turut menemui bahawa pelajar universiti masih mempunyai pengetahuan yang lemah dan gagal menguruskan kewangan selain mempunyai amalan berbelanja yang mewah. Rata-rata mereka amat memerlukan pendidikan kewangan di peringkat awal sebelum memasuki universiti. Implikasi kajian penting sebagai input bagi pembinaan kurikulum yang bersesuaian di sekolah mahupun di universiti atau pemegang taruh bagi badan-badan kewangan, agensi-agensi kewangan kerajaan atau swasta yang menawarkan pinjaman kepada pelajar menjalankan program-program kesedaran dan khidmat nasihat tentang pengurusan kewangan yang efektif.,Tesis ini tidak ada Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah"
dc.language.isomay
dc.publisherUKM, Bangi
dc.relationFaculty of Education / Fakulti Pendidikan
dc.rightsUKM
dc.subjectPengurusan
dc.subjectKewangan peribadi
dc.subjectPinjaman pengajian
dc.subjectLiterasi kewangan
dc.subjectUniversiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
dc.titleTahap literasi kewangan pelajar Universiti Kebangsaan Malaysia dan impak pada budaya pengurusan kewangan
dc.typetheses
dc.format.pages188
dc.identifier.barcode002723(2017)
Appears in Collections:Faculty of Education / Fakulti Pendidikan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_96399+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
201.43 kBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.