Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/459814
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorMohd Aderi Che Noh, Prof. Madya Dr.
dc.contributor.authorSri Andayani Mahdi Yusuf (P69079)
dc.date.accessioned2023-09-13T09:33:07Z-
dc.date.available2023-09-13T09:33:07Z-
dc.date.issued2016-04-20
dc.identifier.otherukmvital:96397
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/459814-
dc.descriptionKajian ini bertujuan untuk mengenal pasti gaya pembelajaran pelajar dan gaya pengajaran pensyarah. Kajian ini juga ingin mengenal pasti gaya pembelajaran dengan pencapaian akademik dalam kalangan pelajar. Kajian ini telah menggunakan Model Gaya Pembelajaran Grasha (1996) dan Model Gaya Pengajaran Grasha (1996). Kajian ini berbentuk kajian tinjauan dengan menggunakan soal selidik sebagai instrumen. Satu Instrumen iaitu soal selidik yang mengandungi tiga set soal selidik telah digunakan dalam kajian ini iaitu satu set soal selidik bagi mengenal pasti gaya pembelajaran pelajar, satu set soal selidik bagi mengetahui persepsi pelajar terhadap gaya pengajaran pensyarah dan satu set soal selidik bagi mengenal pasti gaya pengajaran pensyarah. Seramai 221 orang pelajar dan 36 orang pensyarah telah terlibat dalam kajian ini. Dapatan kajian menunjukkan bahawa gaya pembelajaran yang dominan dalam kalangan pelajar adalah Gaya Pembelajaran Kolaboratif (min = 4.13) dan Kompetitif (min = 4.03). Manakala gaya pengajaran yang dominan dalam kalangan pensyarah adalah Gaya Pengajaran Model Fasilitator (min = 4.33), Pakar (min = 4.14) dan Delegator (min = 4.08). Keputusan analisis ujian MANOVA mendapati bahawa tidak terdapat perbezaan yang signifikan Gaya Pembelajaran Kompetitif (sig = 0.965), Bebas (sig = 0.554) dan Kolaboratif (sig = 0.426) dalam kalangan pelajar berdasarkan jantina. Akhir sekali, keputusan analisis korelasi spearman mendapati terdapat hubungan yang signifikan antara gaya pembelajaran mengelak (sig = 0.046) dan (nilai r = -0.134) dengan pencapaian akademik pelajar. Ini menunjukkan semakin tinggi amalan pembelajaran mengelak pelajar maka semakin rendah pencapaian akademik pelajar tersebut. Oleh itu, pihak universiti, para pensyarah dan pelajar perlu mengambil kira faktor ini bagi meningkatkan kualiti proses pengajaran dan pembelajaran.,Tesis ini tidak ada Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah"
dc.language.isomay
dc.publisherUKM, Bangi
dc.relationFaculty of Education / Fakulti Pendidikan
dc.rightsUKM
dc.subjectGaya pembelajaran
dc.subjectPendidikan Islam
dc.subjectUniversitas Islam Negeri Ar-Raniry
dc.subjectPelajar
dc.subjectPensyarah
dc.subjectUniversiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
dc.titleGaya pembelajaran dan pengajaran Pendidikan Islam di Universitas Islam Negeri Ar-Raniry Aceh Indonesia
dc.typetheses
dc.format.pages194
dc.identifier.barcode002721(2017)
Appears in Collections:Faculty of Education / Fakulti Pendidikan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_96397+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
269.44 kBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.