Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/459813
Title: | Penilaian program latihan industri pelajar kejuruteraan Politeknik |
Authors: | Sazlan Kamis (P61716) |
Supervisor: | T. Subahan Mohd Meerah, Prof. Dato' Dr. |
Keywords: | Latihan industri Pelajar kejuruteraan Politeknik Penilaian program Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations |
Issue Date: | 22-Jun-2016 |
Description: | Kajian ini bertujuan untuk menilai keberkesanan program latihan Industri bagi pelajar kejuruteraan Politeknik. Keberkesanan program latihan industri dalam kajian ini dilihat dari tiga aspek iaitu aplikasi pengetahuan, sikap dan komunikasi pelajar. Sampel kajian ini terdiri daripada 231 orang pelajar iaitu 99 orang pelajar kejuruteraan Awam, 77 orang pelajar kejuruteraan Mekanikal dan 55 orang pelajar kejuruteraan Elektrik. Kumpulan pelajar tersebut diuji menggunakan soal selidik bagi kesemua aspek iaitu aspek aplikasi pengetahuan, sikap dan komunikasi pelajar. Data-data yang diperoleh daripada soal selidik dianalisis secara deskriptif dalam bentuk min, sisihan piawai dan peratusan. Ujian t pula digunakan untuk melihat perbezaan di antara tahap aplikasi pengetahuan, sikap dan komunikasi pelajar lelaki dan perempuan. Dapatan kajian menunjukkan bahawa aspek pengetahuan yang dipelajari di dalam kelas dapat diaplikasikan semasa menjalani latihan industri tetapi ilmu teori dan amali yang dipelajari masih belum mencukupi untuk melaksanakan pekerjaan. Selain itu, majoriti pelajar juga dapat menunjukkan sikap yang baik semasa menjalani latihan industri tetapi masih belum bersedia untuk menghadapi tekanan kerja yang begitu tinggi dalam bidang kejuruteraan. Dapatan kajian ini juga menunjukkan bahawa pelajar dapat menunjukkan kemahiran komunikasi yang baik semasa menjalani latihan industri tetapi perlu menekankan aspek kemahiran berkomunikasi dalam bahasa Inggeris dan kemahiran berkomunikasi dengan pelanggan. Hasil kajian juga mendapati bahawa tidak terdapat perbezaan ketiga-tiga aspek yang mengukur keberkesanan latihan industri ini iaitu aspek pengetahuan, sikap dan komunikasi antara pelajar lelaki dengan pelajar perempuan. Kesimpulannya, hasil daripada dapatan kajian menunjukkan bahawa program latihan industri bagi pelajar kejuruteraan Politeknik telah menunjukkan keberkesanannya cuma perlu menambah baik beberapa aspek seperti di atas yang boleh menjejaskan keberkesanannya.,Tesis ini tidak ada Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah" |
Pages: | 122 |
Publisher: | UKM, Bangi |
Appears in Collections: | Faculty of Education / Fakulti Pendidikan |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_96396+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 363 kB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.