Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/459811
Title: Amalan penyeliaan pengajaran oleh pentadbir dan komitmen guru dalam Program j-QAF
Authors: Rizuan Mohd (P71657)
Supervisor: Jamalul Lail Abdul Wahab
Keywords: Program j-QAF
Pentadbir
Guru
Penyeliaan
Pengajaran
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Issue Date: 28-Jun-2016
Description: Objektif kajian berbentuk tinjauan ini ialah untuk mengenalpasti tahap amalan penyeliaan pengajaran oleh pentadbir dimensi prasyarat, tugas dan komitmen guru dalam Program j-QAF di sekolah rendah awam. Kajian ini juga untuk mengenalpasti perbezaan amalan penyeliaan pengajaran oleh pentadbir dan komitmen guru serta hubungan berdasarkan daerah. Reka bentuk penyelidikan kuantitatif dipilih untuk menjawab tujuh persoalan kajian dan tiga hipotesis. Seramai 120 guru j-QAF dipilih menjadi responden mengunakan kaedah persempelan berkelompok dengan cara mengedarkan soal selidik kepada 120 responden yang terlibat secara langsung dalam program j-QAF sekolah rendah dalam daerah Kuching, Padawan dan Samarahan, Sarawak. Analisis kajian statistik deskriptif digunakan dalam kajian ini seperti kekerapan, min dan peratus. Manakala analisis statistik inferensi menggunakan Ujian ANOVA Sehala dan Ujian Korelasi Spearman Rho. Dapatan kajian menunjukkan tahap amalan penyeliaan pengajaran oleh pentadbir dimensi prasyarat dan tugas berada pada tahap tinggi. Tahap komitmen guru dalam program j-QAF juga tinggi. Analisis Ujian ANOVA Sehala menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan dalam amalan penyeliaan pengajaran dimensi prasyarat dan tugas dalam kalangan pentadbir berdasarkan daerah di mana daerah Padawan menunjukkan tahap amalan yang paling tinggi. Manakala aspek komitmen komitmen guru, dapatan kajian menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan dalam dimensi afektif, berterusan dan normatif di ketiga-tiga buah daerah. Analisis Ujian Korelasi Spearman Rho menunjukkan bahawa terdapat hubungan yang signifikan antara amalan penyeliaan pengajaranoleh pentadbir dengan komitmen guru dalam program j-QAF. Implikasi kajian menunjukkan bahawa amalan penyeliaan pengajaran yang berkesan dapat meningkatkan komitmen guru dalam menjayakan program j-QAF. Kajian yang lebih komprehensif perlu dilaksanakan di daerah lain untuk melihat kesan amalan penyeliaan oleh pentadbir terhadap kejayaan program j-QAF.,Tesis ini tidak ada Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah"
Pages: 148
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Education / Fakulti Pendidikan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_96394+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
342.38 kBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.