Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/459807
Title: | Pengetahuan kandungan pensyarah matrikulasi dalam topik Pilih Atur dan Gabungan |
Authors: | Rusydah Usry (P73777 ) |
Supervisor: | Roslinda Rosli, Dr. |
Keywords: | Pengetahuan kandungan Pensyarah matrikulasi Topik Pilih Atur dan Gabungan Interaksi Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations |
Issue Date: | 5-Sep-2016 |
Description: | Pengetahuan kandungan adalah merujuk kepada jumlah atau kuantiti pengetahuan dan cara penyusunannya di dalam pemikiran seseorang pensyarah. Tujuan kajian ini adalah untuk mengenal pasti pengetahuan kandungan pensyarah kolej matrikulasi dalam tajuk Pilih Atur dan Gabungan. Kajian ini adalah kajian tinjauan dengan menggunakan kaedah kuantitatif. Sampel kajian adalah menggunakan teknik pensampelan berstrata yang terdiri daripada 65 orang pensyarah Matematik sains yang mengajar tajuk Pilih Atur dan Gabungan mewakili 3 zon semenanjung Malaysia sahaja. Dapatan menunjukkan pengetahuan kandungan pensyarah kolej matrikulasi adalah pada tahap cemerlang. Selain itu, terdapat kesan interaksi antara pengetahuan kandungan berdasarkan jantina dan pengalaman mengajar dengan F (2,59) = 3.875 dan p = 0.026 (p < 0.05). Dapatan juga menunjukkan bahawa terdapat beberapa kaedah yang digunakan iaitu menggunakan formula, gambar rajah pokok, jadual dan penyenaraian terus dalam menyelesaikan masalah Pilih Atur dan Gabungan. Selain itu, terdapat tujuh jenis kesilapan yang dikenal pasti ialah ralat tertib iaitu keliru dalam membezakan ciri-ciri Susunan, Pilih Atur dan Gabungan, kesilapan pengulangan, melakukan penyelesaian menggunakan operasi aritmetik yang salah, penggunaan formula yang salah, memberi jawapan salah tanpa membawa sebarang maksud, penyenaraian sebahagian susunan objek dan tiada penyenaraian susunan objek. Dua masalah utama semasa mengajar topik ini pula ialah sukar untuk menerangkan atau memahami kehendak soalan dan tidak dapat membezakan konsep Pilih Atur dan Gabungan. Di harap dapatan kajian ini dapat membantu pensyarah merancang langkah yang lebih berkesan semasa menjalankan sesi pengajaran dan pengajaran bagi topik ini.,Tesis ini tidak ada Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah" |
Pages: | 116 |
Publisher: | UKM, Bangi |
Appears in Collections: | Faculty of Education / Fakulti Pendidikan |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_96390+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 359.92 kB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.