Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/459801
Title: | Pembinaan dan penilaian modul pembelajaran atas talian bagi tajuk Visual Basic Programming Language |
Authors: | Nor Haida Abas @ Zahari (P39209) |
Supervisor: | Hj. Mohd Arif bin Ismail, Dr. |
Keywords: | BASIC (Computer program language) Web-based instruction. |
Issue Date: | 13-Feb-2013 |
Description: | Modul pembelajaran atas talian yang dibangunkan merupakan satu media pengajaran yang mengandungi unit-unit aktiviti yang dibentuk untuk membantu dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Kajian ini bertujuan untuk membina dan menilai modul pembelajaran atas talian bagi tajuk Visual Basic Programming Language. Responden bagi kajian ini terdiri daripada 100 orang pelajar yang mengambil mata pelajaran Information and Communication Technology (ICT) sebagai mata pelajaran elektif daripada 4 buah sekolah menengah di Daerah Dungun, Terengganu serta 7 orang guru ICT. Sesi temubual telah dijalankan terhadap 2 orang guru jurulatih utama matapelajaran ICT, 5 orang guru dan 15 orang pelajar untuk mengetahui faktor-faktor yang membantu dalam pembangunan modul yang berkesan serta menentukan modul yang dibina itu memenuhi kehendak pelajar dan keperluan sistem. Untuk kajian ini, instrumen yang digunakan adalah borang soal selidik bagi menilai persepsi pelajar. Penilaian juga dijalankan berdasarkan persepsi responden terhadap kebolehgunaan modul pembelajaran tersebut. Data-data yang dikumpulkan dianalisis menggunakan Statistical Package for Social Sciences (SPSS) Versi 17.0 yang ditabulasi berdasarkan skor min dan sisihan piawai. Dapatan kajian menunjukkan modul pembelajaran atas talian yang dibangunkan adalah pada tahap penggunaan yang tinggi dan boleh digunakan dengan skor min keseluruhan adalah 4.25 dapatan pelajar dan min 3.69 bagi dapatan guru. Modul yang dibangunkan ini adalah merupakan satu prototaip yang boleh dipertingkatkan lagi dengan membuat beberapa penambahbaikan sebagaimana yang dicadangkan oleh responden seperti isi kandungan yang lebih terperinci, animasi dan juga latihan yang lebih berbentuk interaktif.,Master / Sarjana |
Pages: | 114 |
Call Number: | LB1044.87.N646 2013 |
Publisher: | UKM, Bangi |
Appears in Collections: | Faculty of Education / Fakulti Pendidikan |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_84994+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 2.79 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.