Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/459797
Title: Keberkesanan kaedah peta konsep terhadap pencapaian, sikap dan kemahiran memahami kronologi dalam kalangan pelajar tingkatan empat
Authors: Khairuddin bin Ahmad (P47480)
Supervisor: Abdul Razaq bin Ahmad, Prof Madya Dr.
Keywords: Peta Konsep
Teaching
Aids and devices
Concept learning.
Issue Date: 7-Jul-2011
Description: Kajian ini adalah satu kajian kuasi-eksperimen bagi menguji keberkesanan kaedah peta konsep dalam meningkatkan tahap pencapaian, sikap dan emahiran memahami kronologi sejarah dalam kalangan pelajar tingkatan empat. Seterusnya, ditinjau juga tahap penerimaan pelajar terhadap penggunaan peta konsep dalam pembelajaran Sejarah. Kajian dijalankan selama 8 minggu yang melibatkan 65 orang pelajar daripada Sekolah Menengah Kebangsaan Jelai, Batu Kurau, Perak. Pelajar kumpulan atan seramai 32 orang dan kumpulan kawalan seramai 33 orang. Kemahiran memahami onologi dalam kajian ini adalah berkaitan dengan pengetahuan tentang tempoh masa, turutan, proses, menyusun urutan dan perkaitan peristiwa. Aspek sikap pula berkaitan keseronokkan belajar, kepentingan mata pelajaran Sejarah dan pengajaran guru Kajian rintis menunjukkan item soalan kajiselidik yang digunapakai berada pada tahap onbach alpha 0.7614 bagi bahagian sikap dan 0.780 bagi bahagian kemahiran memahami kronologi. Justeru, boleh digunapakai untuk kajian sebenar. Hasil kajian menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan di bawah aras 0.05 antara kumpulan rawatan kumpulan kawalan dalam aspek pencapaian, sikap dan kemahiran memahami kronologi pelajar selepas engajaran menggunakan kaedah peta konsep. Seterusnya, hasil kajian menunjukkan terdapat perbezaan signifikan pada aspek pencapaian dan memahami kronologi kelas rawatan sebelum dan selepas pengajaran selama 8 minggu. Analisis deskriptif menunjukkan tahap sikap dan kemahiran memahami kronologi pelajar kumpulan rawatan adalah sederhana tinggi dan tinggi. Tiada perbezaan tahap penerimaan pelajar lelaki dan perempuan terhadap penggunaan peta konsep. Implikasi kajian menunjukkan pengajaran dan pembelajaran menggunakan kaedah peta konsep amat berkesan membantu elajar dalam meningkatkan prestasi pencapaian, tahap kemahiran memahami kronologi dan sikap pelajar terhadap mata pelajaran Sejarah. Justeru, ia perlu dijadikan sebagai satu amalan rutin guru dalam merencanakan pengajaran. Manakala pelajar menjadikan p a konsep sebagai alat untuk merencanakan pembelajaran dengan cemerlang.,Master / Sarjana
Pages: 184
Call Number: LB1044.88.K483 2011
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Education / Fakulti Pendidikan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_84824+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
3.36 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.