Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/459795
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorNik Mohd Rahimi Nik Yusoff Prof. Madya Dr.
dc.contributor.authorZahriah binti Hussin (P47483)
dc.date.accessioned2023-09-13T09:32:50Z-
dc.date.available2023-09-13T09:32:50Z-
dc.date.issued2011-07-22
dc.identifier.otherukmvital:84820
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/459795-
dc.descriptionPembelajaran perbendaharaan kata baharu bahasa Arab dipersembahkan dalam dua cara, iaitu Kluster Semantik (KS) dan Kluster Bebas (KB). Justeru tujuan kajian ini adalah untuk membandingkan pengajaran dan pembelajaran perbendaharaan kata baharu Bahasa Arab antara Kluster Semantik dan Kluster Bebas dari segi pencapaian pelajar. Reka bentuk kajian ini ialah reka bentuk kajian eksperimental kuasi secara penggiliran masa, manakala instrumen kajian ialah ujian pos serta merta, ujian pos tertangguh, dan temubual. Ujian pos serta merta untuk mengukur ingatan jangka pendek, dan ujian pos tertangguh untuk mengukur ingatan jangka panjang. Manakala temu bual bertujuan meninjau pendapat pelajar tentang kluster-kluster perkataan yang dipelajari serta mengenal pasti strategi memori yang digunakan ketika mengingat perkataan. Seramai 25 orang pelajar tingkatan satu sekolah SMKA terlibat sebagai sampel kajian, dan 6 peserta untuk data temu bual. Data dianalisis menggunakan ujian t sampel berpasangan bagi membandingkan pencapaian pelajar terhadap Kluster Semantik dan Kluster Bebas. Keputusan kajian menunjukkan perbezaan yang signifikan dalam semua ujian antara Kluster Semantik dan Kluster Bebas, iaitu pelajar menunjukkan penguasaan yang lebih terhadap Kluster Bebas berbanding Kluster Semantik. Dapatan temu bual menunjukkan peserta kajian menggunakan teknik yang dikenal pasti untuk mengingat, antaranya teknik kata kunci, teknik bayangan, mengulang kaji dengan baik dan lain-lain. Implikasi pedagogi kajian ini ialah pengajaran dan pembelajaran perbendaharaan kata bahasa Arab tidak perlu menekankan Kluster Semantik.,Master / Sarjana
dc.language.isomay
dc.publisherUKM, Bangi
dc.relationFaculty of Education / Fakulti Pendidikan
dc.rightsUKM
dc.subjectBahasa Arab - Kluster Semantik
dc.subjectArabic language Grammar
dc.titlePerbandingan pengajaran dan pembelajaran perbendaharaan kata bahasa Arab mengikut kluster semantik dan kluster bebas
dc.typetheses
dc.format.pages147
dc.identifier.callnoPJ6065.Z338 2011
dc.identifier.barcode001996
Appears in Collections:Faculty of Education / Fakulti Pendidikan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_84820+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
2.18 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.