Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/459787
Title: Persepsi peniaga terhadap pengetahuan dan amalan etika perniagaan di kalangan pengendali makanan
Authors: Norma Yunus (P62342)
Supervisor: Halimah Harun, Hajah
Keywords: etika perniagaan
Food industry and trade
Issue Date: 17-Mar-2014
Description: Kajian ini dilakukan untuk melihat persepsi terhadap pengetahuan dan amalan etika perniagaan peniaga pengendali makanan. Kajian ini menggunakan kaedah kajian kualititatif iaitu kaedah temu bual, pemerhatian dan nota lapangan. Responden kajian terdiri daripada 9 orang peniaga yang menjalankan perniagaan berasaskan perniagaan penyediaan makanan yang berada di daerah Besut, Terengganu. Hasil kajian yang diperoleh mendapati pengetahuan peniaga terhadap etika perniagaan perlu ditambah dari masa ke masa agar pengetahuan ini dijadikan amalan peniaga dalam berniaga seharian. Dari aspek amalan etika perniagaan peniaga terhadap pekerja, pelanggan, pembekal, masyarakat dan undang-undang perlu diberi perhatian serius agar kepuasan pelanggan dapat diberikan semaksimum yang mungkin. Manakala dari aspek kepentingan masyarakat juga tidak boleh diabaikan di mana peniaga perlu sentiasa melibatkan aktiviti dengan masyarakat dalam menjalinkan hubungan yang erat sekali gus dapat menaikkan nama perniagaan peniaga. Hubungan antara pembekal dan peniaga perlu sentiasa dijaga untuk mewujudkan hubungan yang positif dengan mengikut segala perjanjian yang dibuat agar tidak membebankan mana-mana pihak agar kepercayaan yang telah disemai tidak terhapus dengan sendirinya. Begitu juga hubungan peniaga dengan pekerja, di mana peniaga perlu menjaga kebajikan mereka dan sentiasa memastikan tahap keselamatan mereka terjamin semasa melaksanakan tugas. Di sini dapat dikatakan bahawa pengetahuan peniaga perlu di tambah dari masa ke masa agar persepsi peniaga terhadap etika perniagaan ke tahap yang lebih baik. Manakala dari aspek amalan etika terhadap pekerja, pelanggan, masyarakat, pembekal dan undang-undang dapat dijaga dengan baik masa hadapan.,This study was conducted to examine perceptions towards knowledge and practice of business ethics in the business of food preparation. This study used qualitative research methods such as interviews, observations and field notes. Respondents consist of nine business by doing based on catering business located on area of Besut, Terengganu. The results of the study found that the level of knowledge towards business ethics must be learns by dealer time by time to improve their knowledge for practice in routine. In terms of ethical business practices towards workers, customer, suppliers, community and law need to take a serious part to maximize customer satisfaction. Other than that, based on public interest, dealer need to involve in community service to make a networking. Relationship between suppliers and retailers should be maintained to make a positive relations with follow all the contract that have been agreed. Next, relationships between owners and workers that need to care about welfare workers to make them comfortable and secure when their works. The conclusion is retailers need to improve their knowledge about ethical business to make it their business success. Therefore, terms of ethical business towards workers, customer, community and law need to be main focused in future.,Master/Sarjana
Pages: 149
Call Number: HF5387.5.M4N646 2015 tesis
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Education / Fakulti Pendidikan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_83643+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
1.84 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.