Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/459786
Title: Tahap keprihatinan guru matematik dalam program pemulihan matematik (LINUS-Numerasi)sekolah rendah
Authors: Shurainee Hanim Mohamad Nor (P54096)
Supervisor: Kamaruzaman Abd Ghani, Dr.
Keywords: Instructional systems
Issue Date: 15-Dec-2014
Description: Pelbagai program kurikulum baru mahupun kurikulum sedia ada sering diberi nilai tambah agar dapat memenuhi keperluan Negara. Walaubagaimana pun, kebanyakkan kajian keberkesanan pelaksanaan perubahan kurikulum menunjukkan pelaksanaannya tidaklah seperti yang dihasratkan. Kajian ini bertujuan menilai peringkat keprihatinan guru dalam melaksanakan program Pemulihan LINUS Numerasi dengan menggunakan Model Penerimaan Berasaskan Keprihatinan atau Concerns-Based Adoption Model (CBAM) untuk menilai Peringkat Keprihatinan (Stages of Concerns, SoC). Kaedah kuantitatif berbentuk kajian tinjauan digunakan dengan 75 orang guru matematik dari sekolah-sekolah di dua zon iaitu Zon Bangsar dan Zon Pudu, Kuala Lumpur sebagai responden kajian. Soal selidik Stages of Concern Questionnaire (SoCQ) yang diadaptasi daripada instrumen kajian peringkat keprihatinan guru dalam melaksanakan inovasi program Pemulihan Jawi j-Qaf berdasarkan instrumen sebenar CBAM digunakan. Data dianalisis secara deskriptif dan inferensi. Dapatan menunjukkan dua peringkat keprihatinan yang tertinggi di antara ketujuh-tujuh peringkat keprihatinan tersebut adalah peringkat PK 4 Kesan (min=4.61) dan PK 2 Peribadi (min=4.52). Keprihatinan sedemikian menunjukkan guru matematik memfokuskan kepada kesan program ke atas murid dan bagaimanakah kesan pengajaran yang mereka amalkan boleh memberi impak terhadap perkembangan murid. Responden kajian juga masih memerlukan maklumat tentang program, ingin mengetahui apakah kesan program terhadap mereka, ingin mengetahui bagaimanakah pengajaran boleh berubah dan apakah peranan mereka dalam melaksanakan program. Keputusan analisis ujian-t mendapati tidak terdapat perbezaan yang signifikan dari segi peringkat keprihatinan guru berdasarkan opsyen mengajar, latar belakang pendidikan guru/jawatan semasa dan pengalaman mengajar. Secara keseluruhannya boleh dirumuskan bahawa guru-guru belum bersedia melonjakkan diri dalam proses perubahan, kurang memahami kandungan program dan kurang menjalani latihan intervensi. Mereka juga dilihat kurang menjalinkan kerjasama dalam menghidupkan persekitaran budaya kerja berpasukan. Dapatan ini menggambarkan terdapat jurang antara pelaksana dan penggubal dasar serta keperluan mengadakan program intervensi untuk menjayakan LINUS Numerasi. Implikasi kajian ini amat besar kepada keseluruhan organisasi KPM terutamanya golongan guru dari aspek pengetahuan kandungan kurikulum, pedagogi dan pembangunan kemanusiaan serta kemahiran generik.,Sarjana Pendidikan
Pages: 116
Call Number: LB1028.35.S554 2014
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Education / Fakulti Pendidikan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_83439+Source01+Source010.PDF
  Restricted Access
1.89 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.