Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/459781
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorRadzani Abdul Razak, Dr.
dc.contributor.authorMohd Khairulanwar Md Yusof (P69175)
dc.date.accessioned2023-09-13T09:32:39Z-
dc.date.available2023-09-13T09:32:39Z-
dc.date.issued2015-03-17
dc.identifier.otherukmvital:83435
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/459781-
dc.descriptionKajian ini bertujuan untuk mengenal pasti faktor motivasi intrinsik dan ekstrinsik yang mempengaruhi penglibatan pelajar Universiti Kebangsaan Malaysia untuk melakukan aktiviti fizikal. Seramai 400 pelajar UKM yang terdiri daripada 200 lelaki dan 200 perempuan telah dijadikan sebagai responden utama dalam penyelidikan ini. Bagi tujuan kajian ini, soal selidik yang diubah suai daripada Exercise Motivations Inventory oleh David Markland and Lew Hardy (1993) dan Participation Motivation Questionnaire oleh McCullagh, Matzkanin, Shaw, & Maldonado (1993) diguna pakai bagi menguji faktor motivasi intrinsik dan ekstrinsik yang mempengaruhi penglibatan pelajar untuk melakukan aktiviti fizikal. Hasil kajian mendapati nilai min yang tertinggi bagi faktor motivasi intrinsik adalah faktor berkaitan kesihatan dan kecergasan (M = 4.37) manakala untuk faktor ekstrinsik pula ialah faktor rakan-rakan (M = 3.97). Dapatan kajian juga menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan bagi penglibatan yang bermotifkan faktor motivasi intrinsik kesihatan dan kecergasan (t = -5.05, p < 0.05) dan faktor motivasi berkaitan tubuh badan (t = -6.51, p < 0.05) berdasarkan jantina. Manakala untuk faktor motivasi ekstrinsik menunjukkan hanya faktor keluarga (t = -6.98, p < 0.05) menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan berdasarkan jantina. Seterusnya, kajian ini menunjukkan bahawa faktor motivasi intrinsik berkaitan tubuh badan (52%) merupakan faktor motivasi yang paling menyumbang kepada impak penglibatan pelajar manakala untuk faktor motivasi ekstrinsik menunjukkan faktor peranan Universiti (40%) adalah faktor yang paling menyumbang kepada penglibatan pelajar. Dapatan kajian ini juga menunjukkan terdapat hubungan yang kuat di antara faktor motivasi intrinsik dengan impak penglibatan pelajar dalam melakukan aktiviti fizikal manakala bagi faktor motivasi ekstrinsik hanya menunjukkan hubungan yang sederhana. Dapatan kajian ini diharap dapat membantu pihak Universiti dan Pusat Sukan UKM bagi menyediakan aktiviti, seminar dan kemudahan yang boleh menarik minat serta memberi pendedahan tentang kepentingan amalan budaya yang sihat di kalangan pelajar.,Sarjana Pendidikan
dc.language.isomay
dc.publisherUKM, Bangi
dc.relationFaculty of Education / Fakulti Pendidikan
dc.rightsUKM
dc.subjectCollege students-Psychology
dc.titleMotivasi dan penglibatan pelajar UKM dalam aktiviti fizikal
dc.typetheses
dc.format.pages104
dc.identifier.callnoLB3609.M8457 2015
dc.identifier.barcode001875
Appears in Collections:Faculty of Education / Fakulti Pendidikan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_83435+Source01+Source010.PDF
  Restricted Access
1.76 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.