Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/459780
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorT. Subahan Mohd Meerah, Prof. Datuk Dr.-
dc.contributor.authorNorhaya Isa (P66442)-
dc.date.accessioned2023-09-13T09:32:38Z-
dc.date.available2023-09-13T09:32:38Z-
dc.date.issued2015-03-13-
dc.identifier.otherukmvital:83434-
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/459780-
dc.descriptionKajian ini dijalankan bertujuan untuk menentukan tahap pengetahuan, kemahiran pelaksanaan dan sikap terhadap kaedah pembelajaran berasaskan masalah dalam kalangan guru matematik tambahan. Kajian turut dijalankan untuk mengenal pasti perbezaan pengetahuan, kemahiran pelaksanaan dan sikap terhadap kaedah pembelajaran berasaskan masalah dalam kalangan guru-guru matematik tambahan berdasarkan pengalaman mengajar. Pendekatan kajian ini menggunakan reka bentuk tinjauan. Kajian ini menggunakan satu set soal selidik untuk mengumpul data. Soal selidik dibina dengan mengadaptasi item-item dari pelbagai instrumen yang merangkumi aspek pengetahuan, kemahiran pelaksanaan dan sikap. Responden kajian terdiri daripada 114 orang guru-guru matematik tambahan yang mengajar di sekolah menengah kebangsaan di Negeri Sembilan. Analisis deskriptif dan analisis inferensi digunakan dalam kajian ini untuk menjawab persoalan kajian dengan menggunakan pakej perisian SPSS 19.0. Analisis deskriptif melibatkan kekerapan,peratusan, min dan sisihan piawai. Analisis inferensi pula menggunakan ujian Mann Whitney U. Dapatan deskriptif menunjukkan responden mempunyai tahap pengetahuan, kemahiran pelaksanaan dan sikap yang tinggi terhadap kaedah pembelajaran berasaskan masalah. Hasil analisis inferensi pula menunjukkan tidak terdapat perbezaan signifikan antara tahap pengetahuan, kemahiran pelaksanaan dan sikap guru matematik tambahan terhadap kaedah pembelajaran berasaskan masalah berdasarkan pengalaman mengajar. Implikasi kajian ialah guru-guru matematik tambahan perlu diberi pendedahan yang lebih meluas terhadap kemahiran pelaksanaan pembelajaran berasaskan masalah yang terkini seiring dengan keperluan pembelajaran pelajar. Kursus-kursus dalam perkhidmatan yang dianjurkan oleh pihak-pihak berkenaan diharapkan dapat meningkatkan lagi tahap pengetahuan dan pemikiran guru terhadap kaedah pembelajaran berasaskan masalah.,Sarjana Pendidikan-
dc.language.isomay-
dc.publisherUKM, Bangi-
dc.relationFaculty of Education / Fakulti Pendidikan-
dc.rightsUKM-
dc.subjectEducational games-
dc.titlePengetahuan, kemahiran pelaksanaan dan sikap guru Pendidikan Islam sekolah rendah terhadap pendekatan didik hibur-
dc.typetheses-
dc.format.pages151-
dc.identifier.callnoLB1029.G3.N647 2015-
dc.identifier.barcode001874-
Appears in Collections:Faculty of Education / Fakulti Pendidikan



Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.