Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/459779
Full metadata record
DC Field | Value | Language |
---|---|---|
dc.contributor.advisor | Zalizan Mohd, Profesor Dato’ Dr. | |
dc.contributor.author | Norhasni Mohd Sharif (P51138) | |
dc.date.accessioned | 2023-09-13T09:32:38Z | - |
dc.date.available | 2023-09-13T09:32:38Z | - |
dc.date.issued | 2015-01-25 | |
dc.identifier.other | ukmvital:83433 | |
dc.identifier.uri | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/459779 | - |
dc.description | Persepsi guru arus perdana amat penting dalam agenda memartabatkan pendidikan inklusif kerana mereka adalah penentu kejayaan program tersebut. Tujuan kajian ini adalah untuk meninjau tahap persepsi dan cadangan penambahbaikan guru arus perdana terhadap pelaksanaan pendidikan inklusif. Kajian turut meninjau perbezaan persepsi guru berdasarkan faktor berikut: jantina, pengalaman mengajar, peringkat mengajar, pengalaman mengajar murid berkeperluan khas dan hubungan kekeluargaan dengan golongan berkeperluan khas. Kajian ini merupakan penyelidikan kuantitatif dengan kaedah kajian tinjauan yang melibatkan instrumen iaitu satu set soal selidik. Sampel kajian melibatkan 110 orang responden yang terdiri daripada guru-guru arus perdana yang mengajar di kelas pendidikan inklusif sekolah rendah di daerah Kuantan. Hasil kajian rintis yang dianalisis menggunakan nilai Cronbach Alpha menunjukkan nilai kebolehpercayaan yang tinggi bagi keseluruhan item dengan nilai Alpha 0.895. Data dianalisis dengan kaedah deskriptif dan inferensi menggunakan Statistical Package for Social Sciences (SPSS) versi 19.0. Hasil dapatan kajian menunjukkan persepsi guru adalah positif terhadap pendidikan inklusif. Dapatan juga menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan persepsi guru terhadap pendidikan inklusif berdasarkan jantina. Ini menjelaskan bahawa persepsi guru-guru lelaki dan perempuan adalah sama. Tidak terdapat perbezaan yang signifikan persepsi guru berdasarkan pengalaman mengajar murid berkeperluan khas. Maksudnya guru yang lebih dan kurang berpengalaman dalam pendidikan inklusif mempunyai persepsi yang sama. Tidak terdapat perbezaan yang signifikan persepsi guru berdasarkan pemboleh hubungan kekeluargaan dengan golongan berkeperluan khas. Ini bermakna guru yang mempunyai dan tidak mempunyai ahli keluarga terdekat individu berkeperluan khas juga mempunyai persepsi yang sama. Walaubagaimana pun,terdapat perbezaan yang signifikan berdasarkan peringkat mengajar. Guru yang mengajar pada peringkat satu (tahun 1 hingga tahun 3) mempunyai persepsi yang lebih positif berbanding guru peringkat dua (tahun 4 hingga 5). Kajian juga mendapati guru-guru yang lebih berpengalaman mempunyai persepsi yang positif berbanding guru-guru baru. Responden juga telah memberikan beberapa cadangan berasaskan sekolah untuk penambahbaikan pendidikan inklusif. Kajian ini mempunyai implikasi terhadap usaha memperkasa guru-guru untuk melaksanakan pendidikan inklusif selaras dengan Pelan Perancangan Pendidikan Malaysia yang dilancarkan oleh pihak kerajaan.,Sarjana Pendidikan | |
dc.language.iso | may | |
dc.publisher | UKM, Bangi | |
dc.relation | Faculty of Education / Fakulti Pendidikan | |
dc.rights | UKM | |
dc.subject | Dissertations, Academic -- Malaysia | |
dc.title | Meninjau persepsi guru-guru arus perdana terhadap pelaksanaan pendidikan inklusif | |
dc.type | theses | |
dc.format.pages | 159 | |
dc.identifier.callno | LC1203.M4.N646 2015 | |
dc.identifier.barcode | 001873 | |
Appears in Collections: | Faculty of Education / Fakulti Pendidikan |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_83433+Source01+Source010.PDF Restricted Access | 5.32 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.