Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/459778
Title: | Strategi pembelajaran nahu Bahasa Arab di Sekolah-Sekolah Menengah Agama Negeri (SMAN) Perak |
Authors: | Suhaidah Abdul Samat (P47585) |
Supervisor: | Kamarulzaman Abdul Ghani, Dr. |
Keywords: | Learning strategies-Malaysia |
Issue Date: | 23-Mar-2015 |
Description: | Kajian tinjauan ini bertujuan untuk mengenal pasti jenis strategi pembelajaran Nahu (SPNBA) dan kekerapan penggunaannya oleh para pelajar Sekolah Menengah Agama Negeri Perak ketika mempelajari Nahu secara keseluruhan, mengenal pasti pola penggunaan SPNBA dalam kalangan pelajar cemerlang, pelajar sederhana dan pelajar lemah dan mengenal pasti sama ada terdapat perkaitan yang signifikan dari segi penggunaan SPNBA dengan tahap pencapaian Nahu pelajar. Di samping itu, kajian ini juga bertujuan untuk melihat perbezaan signifikan dari segi tahap penggunaan SPNBA dalam kalangan pelajar sekolah menengah agama negeri berdasarkan jantina, tahap pendidikan ibu, tahap pendidikan bap dan jumlah waktu belajar di luar kelas per minggu. Seramai 154 orang pelajar tingkatan lima dari sekolah-sekolah menengah agama negeri Perak telah dipilih sebagai sampel. Pemilihan sampel adalah secara rawak berstrata. Instrumen kajian ini adalah terbahagi kepada dua iaitu maklumat latar belakang pelajar dan soal selidik strategi pembelajaran nahu bahasa Arab yang dibina berdasarkan soal selidik strategi pembelajaran bahasa Arab yang diadaptasi daripada SILL versi 7.0. Instrumen kajian ini menggunakan skala likert 1 hingga 5. Data telah dianalisis secara analisis deskriptif menggunakan kekerapan, min, peratus dan sisihan piawai. Analisis deskriptif ini digunakan untuk mengenal pasti jenis SPNBA dan kekerapan penggunaanya dalam kalangan pelajar-pelajar sekolah agama negeri, dan mengenal pasti pola penggunaan SPNBA dalam kalangan pelajar cemerlang, sederhana dan lemah. Keputusan analisis deskriptif mendapati penggunaan SPNBA dalam kalangan pelajar sekolah menengah agama secara keseluruhan adalah sederhana ( M = 2.96) dan pola penggunaan SPNBA oleh pelajar cemerlang, pelajar sederhana dan pelajar lemah adalah sederhana, PCN (M = 3.04), PSN (M = 2.89) dan PLN (M = 2.76). Analisis inferensi pula telah menggunakan teknik statistik kolerasi Spearman rho, Analisis Varian Multivariat (MANOVA), dan Kruskal Wallis. Keputusan analisis kolerasi Spearman rho mendapati tidak terdapat perkaitan signifikan antara keseluruhan penggunaan SPNBA dengan pencapaian Nahu Bahasa Arab. Manakala keputusan analisis MANOVA pula mendapati terdapat perbezaan penggunaan SPNBA di antara pelajar lelaki dan perempuan. Bagi keputusan analisis ujian Kruskal Wallis pula, tidak terdapat perbezaan signifikan dalam penggunaan strategi setiap kategori berdasarkan tahap pendidikan ibu dan tahap pendidikan bapa, namun terdapat perbezaan signifikan penggunaan SPNBA secara keseluruhan dan bagi setiap kategori utama berdasarkan jumlah jam mempelajari nahu bahasa Arab di luar kelas per minggu. Untuk meningkatkan pencapaian pelajar dalam menguasai bahasa Arab khususnya Nahu beberapa implikasi dan cadangan telah dikemukakan untuk membantu guru menerapkan strategi pembelajaran ini kepada pelajar mereka semasa pengajaran Nahu dilaksanakan.,Sarjana Pendidikan |
Pages: | 241 |
Call Number: | LB1060.S837 2015 |
Publisher: | UKM, Bangi |
Appears in Collections: | Faculty of Education / Fakulti Pendidikan |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_83432+Source01+Source010.PDF Restricted Access | 1.02 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.