Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/459776
Full metadata record
DC Field | Value | Language |
---|---|---|
dc.contributor.advisor | Khadijah Bt Abdul Razak, Dr. | |
dc.contributor.author | Tengku Norhayati Tengku Othman (P54040) | |
dc.date.accessioned | 2023-09-13T09:32:35Z | - |
dc.date.available | 2023-09-13T09:32:35Z | - |
dc.date.issued | 2015-04-16 | |
dc.identifier.other | ukmvital:83428 | |
dc.identifier.uri | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/459776 | - |
dc.description | Kajian bertujuan untuk menentukan pengetahuan, kemahiran, penggunaan dan sikap guru cemerlang terhadap teknologi maklumat dan komunikasi. Kajian melibatkan seramai 70 orang guru cemerlang Pendidikan Islam negeri Selangor Malaysia. Data dikumpulkan dengan menggunakan soal selidik. Dapatan kajian di analisis dengan menggunakan bantuan perisian SPSS 19.0. Analisis deskriptif dan analisis inferensi diliibatkan dalam kajian ini. Dapatan analisis deskriptif yang melibatkan min dan sisihan piawai menunjukkan pengetahuan dan sikap guru terhadap teknologi maklumat dan komunikasi berada pada tahap tinggi. Manakala kemahiran dan penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi berada pada tahap sederhana. Analisis inferensi yang melibatkan ujian t bebas, Mann Whitney U, Kruskal Wallis, korelasi pearson dan regresi menunjukkan bahawa tidak terdapat perbezaan yang signifikan pengetahuan guru cemerlang terhadap teknologi maklumat dan komunikasi berdasarkan jantina, lokasi dan penggunaan komputer. Manakala terdapat perbezaan yang signifikan pengetahuan guru cemerlang terhadap teknologi maklumat dan komunikasi berdasarkan pengalaman mengajar. Berdasarkan kemahiran, tidak terdapat perbezaan yang signifikan kemahiran guru cemerlang terhadap teknologi maklumat dan komunikasi berdasarkan jantina, lokasi dan pengalaman mengajar. Manakala terdapat perbezaan yang signifikan kemahiran guru cemerlang terhadap teknologi maklumat dan komunikasi berdasarkan penggunaan komputer. Seterusnya berdasarkan penggunaan, tidak terdapat perbezaan yang signifikan penggunaan guru cemerlang terhadap teknologi maklumat dan komunikasi berdasarkan jantina dan lokasi. Manakala terdapat perbezaan yang signifikan penggunaan guru cemerlang terhadap teknologi maklumat dan komunikasi berdasarkan pengalaman mengajar dan penggunaan komputer. Berdasarkan sikap pula, tidak terdapat perbezaan yang signifikan sikap guru cemerlang terhadap teknologi maklumat dan komunikasi berdasarkan jantina, lokasi dan pengalaman mengajar. Manakala terdapat perbezaan yang signifikan sikap guru cemerlang terhadap teknologi maklumat dan komunikasi berdasarkan penggunaan komputer. Kajian ini juga menunjukkan bahawa terdapat sumbangan penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi terhadap sikap terhadap teknologi maklumat dan komunikasi dalam kalangan guru cemerlang. Hasil kajian ini memberikan implikasi kepada pihak-pihak terkait dalam usaha untuk meningkatkan penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi dalam pengajaran dan pembelajaran di sekolah.,Sarjana Pendidikan | |
dc.language.iso | may | |
dc.publisher | UKM, Bangi | |
dc.relation | Faculty of Education / Fakulti Pendidikan | |
dc.rights | UKM | |
dc.subject | Educational technology-Malaysia-Selangor. | |
dc.title | Teknologi maklumat dan komunikasi (TMK) dalam pengajaran dan pembelajaran guru cemerlang pendidikan Islam di Negeri Selangor | |
dc.type | theses | |
dc.format.pages | 143 | |
dc.identifier.callno | LB1028.3.T454 2015 | |
dc.identifier.barcode | 001866 | |
Appears in Collections: | Faculty of Education / Fakulti Pendidikan |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_83428+Source01+Source010.PDF Restricted Access | 1.36 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.