Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/459775
Title: Pelaksanaan pengajaran pendidikan akhlak dalam kalangan pelajar Islam orang asli di daerah Cameron Highlands Pahang
Authors: Rohizan Ya (P59009)
Supervisor: Abdul Halim Tamuri, Profesor Dato’ Dr.
Keywords: Islamic education-Malaysia-Pahang
Issue Date: 3-Apr-2015
Description: Kajian ini bertujuan untuk mengkaji persepsi pelajar Islam Orang Asli terhadap amalan perlaksanaan pengajaran Guru Pendidikan Islam yang meliputi aspek permulaan, perkembangan, penutup pengajaran, minat pelajar dalam bidang Pendidikan Akhlak serta keperibadian Guru Pendidikan Islam di Sekolah-Sekolah Menengah di Daerah Cameron Highlands, Pahang. Kajian ini adalah satu kajian tinjauan yang menggunakan pendekatan kuantitatif yang disokong oleh data kualitatif. Tiga jenis instrumen telah digunakan untuk kajian ini iaitu borang soal selidik, temubual separa berstruktur dan pemerhatian. Satu kajian rintis dengan menggunakan instrumen soal selidik telah dilakukan terhadap 30 orang pelajar Islam Orang Asli sekolah menengah sebelum kajian sebenar dilakukan dengan tahap nilai kebolehpercayaan Alpha Cronbach adalah tinggi (>0.793). Kajian ini telah dijalankan di 3 buah sekolah menengah harian di daerah Cameron Highlands, Pahang. Seramai 38 pelajar Orang Asli tingkatan 4 yang beragama Islam dan bersekolah di Sekolah-Sekolah Menengah Kebangsaan di Daerah Cameron Highlands adalah dipilih sebagai responden kajian kuantitatif berdasarkan kaedah purposive sampling untuk menjawab soal selidik. Manakala, seramai empat orang Guru Pendidikan Islam dan enam orang pelajar Orang Asli yang beragama Islam telah dipilih sebagai responden kajian kualitatif melalui kaedah temubual dan pemerhatian dengan menggunakan kaedah persampelan rawak mudah. Data kuantitatif ini dianalisis secara deskriptif dan inferensi menggunakan perisian SPSS versi 19.0 yang melibatkan min, skor min, sisihan piawai, peratus, kekerapan, ujian Mann Whitney U dan korelasi Pearson. Manakala data kualitatif adalah dianalisis secara manual oleh pengkaji. Hasil kajian mendapati majoriti pelajar Islam Orang Asli mempunyai persepsi yang positif terhadap amalan pengajaran Guru Pendidikan Islam dalam Pendidikan Akhlak di sekolah iaitu tahap amalan permulaan (skor min 4.11), tahap amalan perkembangan (skor min 4.24) dan tahap amalan penutup (skor min 4.20). Manakala tahap minat pelajar Islam Orang Asli dengan pengajaran Pendidikan Akhlak adalah tinggi (skor min 4.11). Seterusnya, kajian juga menunjukkan terdapat persepsi yang positif pelajar Islam Orang Asli terhadap keperibadian Guru Pendidikan Islam (skor min 3.80). Berdasarkan ujian Mann Whitney U, menunjukkan bahawa tidak terdapat hubungan yang signifikan antara persepsi pelajar Islam Orang Asli dengan amalan pengajaran guru, minat pelajar terhadap pengajaran Pendidikan Akhlak dan persepsi terhadap keperibadian guru berdasarkan demografi jantina dan lokasi. Manakala ujian korelasi Pearson menunjukkan terdapat hubungan korelasi yang signifikan iaitu positif sederhana persepsi pelajar Islam Orang Asli dengan amalan pengajaran guru, minat pelajar terhadap pengajaran Pendidikan Akhlak dan persepsi pelajar terhadap keperibadian guru. Terdapat beberapa implikasi menerusi kajian ini iaitu, perlaksanaan amalan pengajaran Guru Pendidikan Islam dalam bidang-bidang Pendidikan Akhlak telah memberi kesan yang positif terhadap perkembangan dan pembinaan sahsiah serta amalan tingkah laku yang baik dan kesediaan untuk mempraktikkan ilmu dalam kehidupan seharian di kalangan pelajar Orang Asli yang beragama Islam.,Sarjana Pendidikan
Pages: 244
Call Number: LC910.M4.R655 2015
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Education / Fakulti Pendidikan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_83427+Source01+Source010.PDF
  Restricted Access
3.55 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.