Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/459774
Full metadata record
DC Field | Value | Language |
---|---|---|
dc.contributor.advisor | Norasmah Othman, Prof. Madya Dr. | |
dc.contributor.author | Nor Syaidah Bahri (P54056) | |
dc.date.accessioned | 2023-09-13T09:32:34Z | - |
dc.date.available | 2023-09-13T09:32:34Z | - |
dc.date.issued | 2015-05-05 | |
dc.identifier.other | ukmvital:83250 | |
dc.identifier.uri | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/459774 | - |
dc.description | Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti kelestarian ekopelancongan di Cameron Highlands mengikut persepsi komuniti tempatan dan pelancong tempatan. Seramai 432 orang responden telah terlibat dalam kajian ini. 203 orang responden terdiri daripada komuniti tempatan manakala 229 orang responden pula ialah pelancong tempatan. Pemilihan sampel adalah berdasarkan persampelan secara rawak mudah. Kajian ini menggunakan kaedah tinjauan dengan menggunakan teknik soal selidik. Model ekopelancongan oleh Ross dan Wall digunakan untuk mengenalpasti faktor-faktor yang menyumbang kepada kelestarian ekopelancongan. Data-data kajian diproses melalui komputer dengan menggunakan SPSS versi 18.0. Data statistik dianalisis menggunakan kaedah deskriptif dan kaedah inferensi. Statistik deskriptif yang digunakan ialah kekerapan, min dan sisihan piawai. Manakala statistik inferensi yang digunakan ialah ujian-t dan korelasi Pearson. Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa secara keseluruhannya, kelestarian ekopelancongan dari dimensi ekonomi, sosial dan alam sekitar adalah tinggi berdasarkan persepsi komuniti tempatan dan pelancong tempatan. Ujian-t pula menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan antara dimensi ekonomi, sosial dan alam sekitar dengan persepsi komuniti tempatan dan pelancong tempatan. Analisis korelasi mendapati bahawa terdapat hubungan positif yang signifikan antara dimensi ekonomi, sosial dan alam sekitar dengan tahap kelestarian ekopelancongan mengikut persepsi komuniti tempatan. Analisis korelasi juga mendapati bahawa terdapat hubungan positif yang signifikan antara dimensi ekonomi, sosial dan alam sekitar dengan tahap kelestarian ekopelancongan mengikut persepsi pelancong tempatan. Kesimpulannya, dapatan kajian ini menunjukkan bahawa ekonomi, sosial dan alam sekitar memainkan peranan yang penting dalam melestarikan ekopelancongan di Cameron Highlands. Dapatan kajian ini menunjukkan tahap ekonomi yang tinggi dapat meningkatkan taraf sosial komuniti tempatan dan pemuliharaan alam sekitar di Cameron Highlands. Oleh itu, taraf sosial komuniti yang tinggi dan kelangsungan alam sekitar yang baik dapat melestarikan ekopelancongan di Cameron Highlands. Implikasinya, pihak kerajaan tempatan wajar merancang dasar baru kepada komuniti tempatan di Cameron Highlands untuk meningkatkan pendapatan perkapita dan taraf hidup mereka. Hal ini sekaligus dapat menukar struktur ekonomi dan infrastruktur sosial serta pemuliharaan alam sekitar ke arah melestarikan ekopelancongan di Cameron Highlands secara khasnya dan Malaysia umumnya.,Sarjana Pendidikan | |
dc.language.iso | may | |
dc.publisher | UKM, Bangi | |
dc.relation | Faculty of Education / Fakulti Pendidikan | |
dc.rights | UKM | |
dc.subject | Environmental education-Cameron Highlads | |
dc.title | Kelestarian ekopelancongan di Cameron Highlands mengikut persepsi komuniti tempatan dan pelancong tempatan | |
dc.type | theses | |
dc.format.pages | 177 | |
dc.identifier.callno | GE90.M4.N646 2015 | |
dc.identifier.barcode | 001843 | |
Appears in Collections: | Faculty of Education / Fakulti Pendidikan |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_83250+Source01+Source010.PDF Restricted Access | 1.56 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.