Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/459770
Title: Tahap kesediaan dan komitmen guru dalam melaksanakan EMK-keusahawanan di sekolah rendah
Authors: Noor Hayati @ Seri Kandi Sarnin (P61959)
Supervisor: Nor Aishah Buang, Prof. Dr.
Keywords: Teachers-Training of -Malaysia
Issue Date: 3-Jul-2015
Description: Kajian ini meninjau tahap kesediaan pengetahuan dan tahap kesediaan sikap dengan komitmen guru dalam melaksanakan Elemen Merentas kurikulum Keusahawanan (EMK-Keusahawanan). EMK-Keusahawanan mula dilaksanakan pada sesi persekolahan 2011 di sekolah-sekolah rendah. Terdapat tiga dimensi tahap kesediaan pengetahuan yang diukur iaitu pengetahuan isi kandungan, pengetahuan pedagogi dan pengetahuan tentang murid. Tahap kesediaan sikap guru dan tahap komitmen turut diukur. Perbezaan tahap pengetahuan guru-guru berdasarkan pengalaman perniagaan dan hubungan tahap pengetahuan dengan pengalaman mengajar turut dikaji. Seramai 92 orang guru dari beberapa buah sekolah kebangsaan di daerah Kuala Langat telah terlibat. Kajian ini menggunakan prosedur persampelan rawak berstrata. Instrumen soal selidik yang mengandungi 49 item telah digunakan dan dianalisis secara deskriptif serta inferensi. Kaedah analisis inferensi yang digunakan ialah ujian-t bebas, korelasi Spearman rho dan korelasi Pearson. Dapatan kajian mendapati kesediaan pengetahuan, kesediaan sikap dan komitmen guru-guru adalah pada tahap tinggi. Analisis inferensi pula menunjukkan tiada perbezaan yang signifikan tahap pengetahuan antara guru-guru yang mempunyai latar belakang pengalaman perniagaan dengan yang tiada. Hasil analisis turut menunjukkan tiada hubungan yang signifikan antara tahap pengetahuan dengan pengalaman mengajar guru-guru walaupun satu daripada dimensi pengetahuan yang diuji iaitu pengetahuan kaedah pendekatan menunjukkan hubungan negatif yang signifikan pada tahap lemah. Manakala bagi hubungan kesediaan pengetahuan dengan komitmen, menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan tetapi pada tahap yang lemah. Ini disebabkan pengetahuan kaedah pendekatan mempunyai hubungan yang signifikan pada tahap sederhana, tetapi dua pengetahuan lagi tiada hubungan yang signifikan. Hasil analisis turut menunjukkan tiada hubungan yang signifikan antara kesediaan sikap dengan komitmen guru-guru dalam melaksanakan penerapan EMK-Keusahawanan. Implikasi daripada kajian ini membawa kepada cadangan program pemantapan pengetahuan guru sama ada yang telah mengajar ataupun yang sedang menuntut di institusiinstitusi perguruan. Hasil kajian ini juga diharap dapat membantu pihak yang berkaitan untuk mengambil langkah proaktif secepat mungkin bagi meningkatkan pengetahuan dan komitmen guru-guru dalam melaksanakan penerapan EMK Keusahawanan.,Sarjana Pendidikan
Pages: 164
Call Number: LB1727.M4.N644 2015
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Education / Fakulti Pendidikan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_83248+Source01+Source010.PDF
  Restricted Access
1.06 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.