Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/459769
Title: Kemahiran kaunseling dan keberkesanan sesi dalam kalangan kaunselor sekolah
Authors: Che Othman Che Wil (P28504)
Supervisor: Zuria Mahmud, Prof. Dr.
Keywords: Counseling in secondary school -Malaysia
Issue Date: 17-Jun-2014
Description: Antara keperluan kepada khidmat kaunselor sekolah yang berkesan adalah memiliki kemahiran kaunseling dan pengendalian sesi dengan berkesan. Kajian ini bertujuan untuk memeriksa kemahiran kaunseling dan keberkesanan sesi dalam kalangan kaunselor sekolah. Tujuan utama kajian ini: (i) mengenalpasti profil kemahiran kaunseling dalam kalangan kaunselor sekolah yang berbeza ciri-ciri demografi, (ii) memperihalkan hubungan kemahiran kaunseling dengan keberkesanan sesi, (iii) mengenalpasti domain kemahiran komunikasi lisan yang menjadi peramal kepada keberkesanan sesi dan (iv) mengenalpasti domain kemahiran komunikasi bukan lisan yang menjadi peramal kepada keberkesanan sesi. Kajian ini menggunakan kombinasi pendekatan kuantitatif dan kualitatif. Fasa pertama kajian menggunakan pendekatan kuantitatif bertujuan membina profil kemahiran kaunseling kaunselor sekolah. Seramai 436 kaunselor sekolah telah menjawab Soal Selidik Kemahiran Kaunseling Keberkesanan Sesi (KKKS) Skala Likert 5 pangkat dan dianalisis menggunakan perisian SPSS 13.0 (Statistical Package for the Social Sciences). Analisis statistik dalam bentuk peratusan, frekuensi, MANOVA, ANOVA, Ujian-t, korelasi dan regresi dilakukan untuk menguji hipotesis-hipotesis kajian pada aras signifikan p<0.05. Fasa kedua kajian menggunakan pendekatan kualitatif yang melibatkan empat orang kaunselor sekolah yang telah dikenalpasti mempunyai kemahiran kaunseling yang tinggi dan dipilih sebagai responden dalam kajian kes. Data kajian kes dikumpulkan melalui temubual berstruktur, analisis dokumen dan permerhatian (rakaman video). Data dianalisa dan diuruskan menggunakan perisian NVIVO 7.0. Analisis data kuantitatif boleh dirumuskan seperti berikut: (1) Tidak terdapat perbezaan yang signifikan dalam kemahiran kaunseling berdasarkan status perkahwinan. (2) Terdapat perbezaan yang signifikan dalam kemahiran kaunseling berdasarkan lokasi, jantina, bangsa, umur, taraf jawatan, pengalaman kerja, kelayakan kaunseling, institusi latihan, status pendaftaran dan menjalankan sesi. (3) Terdapat perhubungan yang signifikan di antara kemahiran kaunseling dengan keberkesanan sesi. (4)Domain dorongan minimum dan SOLER (Akronim Egan) di bawah subkonstruk kemahiran komunikasi bukan lisan telah menjadi peramal yang dominan kepada keberkesanan sesi. (5) Domain struktur temubual, refleksi perasaan, refleksi makna dan memberi pemanduan di bawah subkonstruk kemahiran komunikasi lisan telah menjadi peramal yang dominan kepada keberkesanan sesi. Terdapat beberapa tema kemahiran kaunseling yang dikenalpasti muncul dalam analisis data kualitatif iaitu: SOLER (Akronim Egan), dorongan minimum, struktur temubual, refleksi perasaan, refleksi makna dan integrasi. Implikasi kepada kajian ini adalah terdapat keperluan utama kepada kemahiran kaunseling untuk peningkatan keberkesanan sesi dan seterusnya menyumbang kepada kemajuan perkhidmatan kaunseling dan perkembangan profesionalisma kaunselor sekolah secara berterusan (CPD). Kajian ini mencadangkan pemantapan kemahiran kaunseling dan keberkesanan sesi dibuat bermula dari peringkat latihan lagi supaya kaunselor sekolah mampu mengendalikan sesi-sesi kaunseling dengan berkesan.,Sarjana Sains
Pages: 424
Call Number: LB1620.53.M4 .C486 2014
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Education / Fakulti Pendidikan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_83247+Source01+Source010.PDF
  Restricted Access
1.2 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.