Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/459766
Title: Tahap pengetahuan guru prasekolah mengenai disleksia dan hubungannya dengan sikap mereka
Authors: Ros Nor Mala Mohd Kia (P62348)
Supervisor: Rohaty Mohd Majzub, Prof. Puan Seri Dr.
Keywords: Preschool teachers
Issue Date: 5-Aug-2015
Description: Masalah Pembelajaran Spesifik Disleksia merupakan salah satu daripada kesukaran pembelajaran yang dihadapi oleh kanak-kanak prasekolah. Kesukaran pembelajaran yang dihadapi merangkumi masalah untuk membaca, menulis, mengeja atau mengira. Ketidakfahaman dan kekeliruan guru tentang permasalahan ini telah mempengaruhi kepercayaan mereka untuk mengiktiraf dan melambatkan penilaian yang tepat pada masanya. Oleh itu, kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti tahap pengetahuan guru prasekolah mengenai disleksia dan hubungannya dengan sikap mereka terhadap disleksia. Selain itu, kajian ini juga cuba untuk mengenalpasti perbezaan tahap pengetahuan dan sikap guru prasekolah mengenai disleksia mengikut jantina, pengalaman mengajar dan pernah atau tidak pernah mengikuti kursus disleksia. Kajian ini juga bertujuan untuk mengenalpasti hubungan diantara pengetahuan dengan sikap guru prasekolah mengenai disleksia. Sampel kajian terdiri daripada 275 orang guru prasekolah daripada sepuluh buah daerah di dalam negeri Johor dengan menggunakan kaedah tinjauan soal selidik dan temubual. Data dianalisis menggunakan perisian SPSS Versi 19.0 dalam bentuk statistik deskriptif dan inferensi iaitu min, kekerapan, peratus, sisihan piawai, Ujian-t dan Kolerasi Pearson. Hasil kajian telah mendapati min tahap pengetahuan dan sikap guru mengenai disleksia berada pada tahap sederhana iaitu pengetahuan (min=3.177) dan sikap (min=3.311). Analisis Ujian-t mendapati tidak terdapat perbezaaan yang signifikan tahap pengetahuan dan sikap guru mengikut jantina manakala terdapat perbezaan yang signifikan tahap pengetahuan dan sikap guru prasekolah mengikut pengalaman mengajar serta guru yang pernah dan tidak pernah mengikuti kursus disleksia. Analisis Kolerasi mendapati terdapat hubungan signifikan yang sederhana (r=0.618, p<0.01) diantara tahap pengetahuan dengan sikap guru prasekolah mengenai disleksia. Dapatan temubual kajian terhadap 7 orang guru prasekolah mendapati mereka mempunyai pengetahuan dan sikap yang sederhana mengenai disleksia. Latihan, kursus dan modul yang bersesuaian adalah di antara cadangan yang dikemukakan untuk membantu guru meningkatkan pengetahuan kepada amalan membina sikap positif tentang kanakkanak disleksia.,Sarjana Pendidikan
Pages: 175
Call Number: LC4710.M4R647 2015
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Education / Fakulti Pendidikan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_83130+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
2.44 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.