Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/459765
Title: | Kecerdasan emosi kanak-kanak bermasalah pendengaran: satu kajian di negeri Johor |
Authors: | Mohd. Rosman Salubin (P47498) |
Supervisor: | Mohd Hanafi Mohd Yasin, Dr. |
Keywords: | Dissertations, Academic -- Malaysia Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations |
Issue Date: | 31-Jan-2012 |
Description: | Kecerdasan emosi menjadi salah satu penentu paling penting untuk mengukur kejayaan dalam kehidupan seseorang kanak-kanak. Untuk itu, satu kajian telah dijalankan bagi menyelidiki kecerdasan emosi kanak-kanak bermasalah pendengaran di sekolah rendah melibatkan empat konstruk kecerdasan emosi iaitu kawalan diri, motivasi, pengurusan emosi dan kemahiran sosial. Kajian ini bertujuan melihat perbezaan kecerdasan emosi kanak-kanak bermasalah pendengaran berdasarkan faktor demografi dan juga melihat hubungan antara tahap kecerdasan emosi dengan tahap pencapaian akademik serta tahap masalah tingkah laku kanak-kanak bermasalah pendengaran. Kajian ini menggunakan kaedah tinjauan dan borang soalselidik digunakan sebagai instrumen kajian. Borang soalselidik ini ialah borang penilaian kecerdasan emosi, pencapaian akademik dan masalah tingkah laku di sekolah yang telah ditadbir oleh guru untuk menilai kanak-kanak bermasalah pendengaran (n=148) di sekolah rendah di negeri Johor. Dapatan kajian dianalisis menggunakan statistik deskriptif dan statistik infrensi. Dapatan kajian menunjukkan tahap kecerdasan emosi kanak-kanak bermasalah pendengaran ialah pada tahap sederhana (min=3.32). Kajian juga menunjukkan 35% kanak-kanak bermasalah pendengaran mempunyai tahap kecerdasan emosi yang tinggi, 56% tahap sederhana dan 9% tahap rendah. Dapatan kajian ini juga mendapati tidak terdapat perbezaan yang signifikan kecerdasan emosi berdasarkan faktor jantina dan jenis penempatan sekolah. Sebaliknya terdapat perbezaan yang signifikan kecerdasan emosi berdasarkan faktor tahun persekolahan. Kajian ini juga menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan antara tahap kecerdasan emosi dengan tahap pencapaian akademik dan tahap masalah tingkah laku di sekolah. Secara keseluruhannya, dapatan kajian ini dapat memberi tunjuk arah kepada guru-guru pendidikan khas bagi mempertingkatkan kualiti proses pengajaran dan pembelajaran dengan mempertingkatkan pendedahan kecerdasan emosi kepada kanak-kanak bermasalah pendengaran di sekolah rendah.,Sarjana Pendidikan |
Pages: | 131 |
Call Number: | BF576.M835 2012 tesis |
Publisher: | UKM, Bangi |
Appears in Collections: | Faculty of Education / Fakulti Pendidikan |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_83030+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 4.5 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.