Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/459758
Title: Pelaksanaan terapi cara kerja dalam mata pelajaran kemahiran manipulatif murid pendidikan khas bermasalah pembelajaran
Authors: Nor Asyikin Mohd Dom (P62432)
Supervisor: Mohd. Hanafi bin Mohd. Yasin, Professor Madya Dr.
Keywords: Kemahiran manipulatif
Pendidikan khas
Occupational therapy
Issue Date: 22-Feb-2015
Description: Tujuan kajian ini ialah untuk mengenal pasti tahap kesedaran guru tentang kepentingan terapi cara kerja, tahap pengetahuan guru tentang terapi cara kerja dan tahap kemahiran guru melaksanakan terapi cara kerja dalam mata pelajaran Kemahiran Manipulatif. Kajian ini turut dijalankan bagi mengetahui halangan semasa menjalankan aktiviti terapi cara kerja serta cadangan untuk mengatasi halangan tersebut. Kajian ini berbentuk tinjauan yang menggabungkan kaedah soal selidik dan temu bual. Sampel kajian ialah guru-guru yang mengajar mata pelajaran Kemahiran Manipulatif Program Pendidikan Khas Integrasi di negeri Selangor. Analisis deskriptif dijalankan bagi mendapatkan min serta frekuensi. Dapatan kajian kuantitatif mendapati bahawa tahap kesedaran guru tentang kepentingan terapi cara kerja terhadap kanak-kanak yang mempunyai masalah kemahiran motor halus adalah tinggi (M = 4.28) dan disokong oleh dapatan kualitatif. Manakala dapatan pengetahuan guru tentang terapi cara kerja adalah sederhana. Namun begitu, tahap kemahiran guru melaksanakan terapi cara kerja pula adalah tinggi (M = 3.686). Data temu bual yang diperoleh menunjukkan beberapa masalah kemahiran motor halus murid yang paling ketara dalam mata pelajaran tersebut seperti menulis, menggunting dan meramas. Selain itu, hasil kajian ini turut mendapati bahawa terdapat beberapa halangan untuk menjalankan aktiviti terapi cara kerja. Antara halangan yang dinyatakan ialah tiada pengetahuan tentang teknik dalam terapi cara kerja, bahan bantu mengajar yang sesuai, persekitaran sekolah yang tidak menyokong aktiviti terapi cara kerja, kesedaran ibu bapa, pentadbir yang tidak jelas tentang kurikulum Pendidikan Khas dan sukatan pelajaran yang kurang sesuai. Kajian ini memberikan implikasi kepada guru-guru serta pihak yang berkaitan dalam meningkatkan lagi kualiti Pendidikan Khas di Malaysia khususnya penerapan terapi cara kerja dalam Kemahiran Manipulatif.,Master/Sarjana,The purpose of this study was to identify the level of teachers’ awareness about the importance of occupational therapy, teachers’ knowledge about occupational therapy and levels of teachers’ skill to implement occupational therapy in Kemahiran Manipulatif. This study also conducted to identify barriers when conducting occupational therapy activities and suggestions for overcoming these barriers. This is a survey that combines the method of questionnaires and interviews. The samples were teachers who teach Kemahiran Manipulatif in Selangor. Descriptive analyzes done to obtain the mean and frequency. Quantitative study findings showed that the level of teachers’ awareness about the importance of occupational therapy for children who have problems with fine motor skills are high (M = 4.28) and supported by qualitative findings. While the findings of the teacher's knowledge about occupational therapy is average. However, the level of teacher’s skill to implement occupational therapy is high (M = 3.686). Interview data also indicate students problems with fine motor skills such as writing, cutting and squeezing. In addition, the results of this study also found that there are several barriers for teachers to implement occupational therapy activities. Among the obstacles mentioned are lack of knowledge about the techniques in occupational therapy, appropriate teaching aids, school environments that do not support the activities of occupational therapy, parents awareness and syllabus are not suitable. This study provides implications for teachers as well as interested parties in improving the quality of Special Education in Malaysia.
Pages: 116
Call Number: LC3969.N663 2015
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Education / Fakulti Pendidikan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_82030+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
123.47 kBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.