Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/459756
Title: Kesan dua pendekatan pengajaran tatabahasa terhadap penguasaan imbuhan Bahasa Melayu murid tahun 5 di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC)
Authors: Mashitah Mezelan (P48956)
Supervisor: Jamaluddin Hj Badusah, Profesor Madya Dr.
Keywords: Teaching
Methodology
Malay language
Issue Date: 11-May-2015
Description: Kajian ini bertujuan untuk membandingkan kesan dua pendekatan pengajaran tatabahasa iaitu pendekatan koperatif dan pendekatan tradisional terhadap penguasaan imbuhan Bahasa Melayu murid tahun 5 di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC). Kajian ini dijalankan secara kuasi eksperimen. Seramai 80 orang murid tahun 5 terlibat dalam kajian ini. Setiap kumpulan mengandungi 40 orang murid yang mempunyai pelbagai kebolehan tetapi mereka mempunyai pencapaian Bahasa Melayu yang hampir sama. Pengajaran dan pembelajaran secara koperatif dalam kaedah STAD (Student Team Achievement Division) diberikan kepada kumpulan eksperimen dan kaedah tradisional bagi kumpulan kawalan. Ujian-t digunakan untuk menguji empat hipotesis bagi menentukan sama ada terdapat perbezaan yang signifikan antara penguasaan imbuhan Bahasa Melayu murid kumpulan eksperimen dengan murid kumpulan kawalan. Hasil kajian menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan terhadap pencapaian imbuhan Bahasa Melayu murid bagi kumpulan eksperimen dalam ujian pra dan pasca dengan nilai t = -6.421, (Sig P < 0.05). Dapatan kajian ini membuktikan bahawa penggunaan pendekatan koperatif STAD dalam pengajaran dan pembelajaran berjaya meningkatkan pencapaian imbuhan Bahasa Melayu murid. Hasil kajian juga menunjukkan bahawa terdapat peningkatan dalam pencapaian imbuhan Bahasa Melayu murid dalam ujian pasca bagi kedua-dua pendekatan ini (koperatif STAD dan tradisional). Walau bagaimanapun, terdapat perbezaan yang signifikan dari segi penguasaan imbuhan Bahasa Melayu murid-murid pendekatan koperatif dan pendekatan tradisional. Begitu juga dengan pencapaian mingguan menunjukkan perbezaan yang sangat signifikan. Ini menunjukkan bahawa pendekatan koperatif boleh meningkatkan penguasaan imbuhan Bahasa Melayu murid berbanding dengan pendekatan tradisional. Oleh itu, pendekatan koperatif STAD ini amat berkesan bagi pengajaran tatabahasa terutama dari aspek imbuhan awalan dan apitan. Kesimpulannya, pendekatan pembelajaran koperatif STAD yang berkesan memerlukan kesepakatan murid dan guru, kerjasama semua pihak, dan interaksi antara kurikulum, kaedah pengajaran, situasi, dan masa. Malah, pembelajaran yang efektif juga memerlukan penglibatan masyarakat dan industri. Mereka perlu bekerjasama bagi merancang strategi yang dapat menjayakan wawasan sekolah. Dengan itu, semua pihak sebagaimana yang tersebut, iaitu sekolah, industri, masyarakat perlu positif dan bersedia menerima perubahan jika mahu akan kejayaan pengajaran pembelajaran koperatif STAD.,Master/Sarjana,The aim of this study is to compare the effect of two approaches in teaching grammar, namely the cooperative and traditional approaches on the acquisition of the prefixes in Malay Language among pupils of year 5 in SJKC. This study was developed using the quasi experimental research design. Eighty pupils in year 5 were involved in this study. Each class consists of 40 pupils with varied ability and the achievement of both classes were quite similar. The STAD (Student Team Achievement Division) cooperative approach was used in the study for the experimental group and the traditional approach was used in the study for controlling group. The t-test was used to test for the hypothesis of the study, which aimed at determining the significant difference in the achievement of students taught through cooperative and traditional approach. The study showed that there was a significant difference towards the achievement in learning prefixes in Malay Language for the experimental sample group in the pre- and post- test (t = -6.421, p < 0.05). Based on these findings, it was proven that the STAD cooperative approach used in the teaching and learning process was able to raise students' performance in the usage of prefixes in Malay language. The results of the study showed that there is some improvement in both approaches (cooperative and traditional) after the post-test was given. However, the results showed significant differences in the acquisition of the prefixes in Malay Language using cooperative learning. The weekly achievement too showed significant differences. This study showed the cooperative student performed significantly better than the traditional group in the use of the prefixes in Malay Language. In conclusion, effective STAD cooperative approach needs good participation from the teacher and pupils as well as a good combination of curriculum, teaching strategies, situation and time. In fact, effective learning strategies, also involve the community and industry. They need to compromise or work together to plan strategies which could enhance the school’s vision. Therefore, the school, industry and community have to be positive in accepting changes if they want to achieve successful teaching and learning process through cooperative STAD approach.
Pages: 129
Call Number: LC1390.M347 2015
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Education / Fakulti Pendidikan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_82028+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
783.34 kBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.