Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/459752
Full metadata record
DC Field | Value | Language |
---|---|---|
dc.contributor.advisor | Jamaludin Badusah, Dr. | |
dc.contributor.author | Noraida Md. Yusoff (P59048) | |
dc.date.accessioned | 2023-09-13T09:32:17Z | - |
dc.date.available | 2023-09-13T09:32:17Z | - |
dc.date.issued | 2015-03-11 | |
dc.identifier.other | ukmvital:82023 | |
dc.identifier.uri | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/459752 | - |
dc.description | Kajian ini bertujuan untuk melihat keberkesanan penggunaan buku elektronik terhadap pencapaian murid dalam mata pelajaran Bahasa Melayu Pemahaman di sekolah rendah. Reka bentuk kajian ini adalah kuasi-eksperimen di mana ia melibatkan dua kumpulan iaitu kumpulan rawatan dan kumpulan kawalan. Kajian ini dilakukan ke atas 137 orang murid tahun lima di dua buah sekolah yang mewakili sekolah bandar dan sekolah luar bandar. Seramai 70 orang dijadikan kumpulan eksperimen dan 67 orang dijadikan kumpulan kawalan. Instrumen kajian ini adalah Skema Peperiksaan Pra Percubaan UPSR (K1) dan set soal selidik. Set soal selidik merangkumi konstruk persepsi iaitu sikap, motivasi, efikasi kendiri dan minat. Kajian ini telah menggunakan analisis ujian–t (ujian-t berpasangan dan ujian-t tidak besandar), kolerasi pearson dan regresi berganda. Aras signifikan yang digunakan adalah p<.05, kecuali bagi kolerasi, p<.01. Bagi analisis ujian-t berpasangan menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan antara pencapaian dalam kumpulan eksperimen bagi ujian pra dan ujian post di mana hasil statistik menunjukkan perbezaan antara ujian pra dan ujian post di sekolah bandar adalah t=4.38 (p=.000) dan di sekolah luar bandar pula adalah t=2.664 (p=0.011). Manakala, bagi analisis ujian-t tidak besandar pula menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan antara kumpulan eksperimen dengan kumpulan kawalan selepas diberikan rawatan di sekolah bandar dan sekolah luar bandar iaitu masing-masing menunjukkan nilai t=6.426 (p=0.039) dan t=4.193 (p=0.001). Selain itu juga, analisis ujian-t tidak besandar turut menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan terhadap pencapaian sekolah bandar dan sekolah luar bandar iaitu hasil analisis menunjukkan nilai t=4.005 (p=0.758) selepas rawatan dilakukan. Malah, hubungan antara persepsi dengan pencapaian murid adalah signifikan. Hal ini menunjukkan, domain persepsi mempunyai hubungan ke atas pencapaian murid di mana hasil statistik bagi konstruk sikap (r=0.424, p=0.005), motivasi (r=0.610, p=0.000), efikasi kendiri (r=0.580, p=0.000) dan minat (r=0.524, p=0.001). Ujian regresi pula telah membuktikan bahawa dimensi efikasi kendiri menyumbangkan sebanyak 37.1% kepada pencapaian murid dalam ujian Bahasa Melayu Pemahaman selepas penggunaan buku elektronik dalam kelas. Secara keseluruhannya, penggunaan buku elektronik dalam kelas Bahasa Melayu Pemahaman telah membantu murid meningkatkan pencapaian.,Master/Sarjana,This study aims to examine the effectiveness of e-books on the achievement of students in Comprehension of Malay subjects in primary school. The design of this study is a quasi-experiment which involved two groups, treatment and control groups. The study was conducted on 137 students at the two schools representing urban schools and rural schools. A total of 70 students in experimental group and 67 students in control group. This instrument this study is the Pre Trial UPSR Exam Scheme (K1) and a set of questionnaires. The questionnaires include perception constructs of attitude, motivation, self-efficacy and interest. This study using t-test analysis (paired t-test & independent t-test), Pearson correlation and multiple regression. Significance level used was p <.05, except for the correlation, p <.01. For the paired t-test analysis showed a significant difference between the achievement of the experimental group in pre-test and post test. Meanwhile, the independent t-test analysis showed a significant difference between the experimental group and the control group after a given treatment. In addition, independent t-test analysis also showed no significant differences in the achievement of urban schools and rural schools. Beside that, the relationship between perceptions and student achievement is significant. This suggests, perception domain have links to student achievement. Regression analysis also proved that the dimension of self-efficacy accounted for 37.1% of the students' achievement in the Malay language comprehension test after the use of e-books in the classroom. Overall, the use of e-books in comprehension of Malay subjects has helped students improve achievement. | |
dc.language.iso | may | |
dc.publisher | UKM, Bangi | |
dc.relation | Faculty of Education / Fakulti Pendidikan | |
dc.rights | UKM | |
dc.subject | buku elektronik | |
dc.subject | Electronic books | |
dc.title | Keberkesanan penggunaan buku elektronik dalam pencapaian pemahaman Bahasa Melayu | |
dc.type | theses | |
dc.format.pages | 196 | |
dc.identifier.callno | LB3045.74.N646 2015 | |
dc.identifier.barcode | 001882 | |
Appears in Collections: | Faculty of Education / Fakulti Pendidikan |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_82023+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 1.7 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.