Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/459744
Title: Kemahiran matematik dan hubungkait dengan pencapaian pelajar dalam mata pelajaran ekonomi asas
Authors: Pang Alice Kong Kiat. (P47468)
Supervisor: Muhammad Hussin, Profesor Madya Dr.
Keywords: Dissertations, Academic -- Malaysia
Matematik
Ekonomi asas
Issue Date: 19-Jul-2011
Description: Kajian ini bertujuan untuk meninjau hubungkait antara kemahiran matematik dengan pencapaian pelajar dalam mata pelajaran Ekonomi Asas. Dalam pada itu, kajian ini juga bertujuan mengenalpasti sama ada terdapat perbezaan kemahiran matematik dan perbezaan pencapaian Ekonomi Asas dalam kalangan pelajar Tingkatan 4 berdasarkan faktor demografi iaitu faktor jantina, etnik dan kedudukan sekolah pelajar. Sampel kajian adalah terdiri daripada 412 orang pelajar Tingkatan 4 dari pelbagai kaum di negeri Sarawak. Dua set instrumen mengenai kemahiran matematik dan ujian Ekonomi Asas dibina oleh pengkaji daripada adaptasi kajian-kajian yang berkaitan, dengan nilai diskriminasi dan nilai kesukaran yang memuaskan. Antara aspek yang dikaji ialah tahap kemahiran matematik; tahap pencapaian Ekonomi Asas, hubungan antara kemahiran matematik dengan pencapaian; perbezaan kemahiran matematik dan pencapaian Ekonomi Asas berdasarkan jantina, etnik, dan lokasi sekolah. Dapatan kajian ini dianalisis dengan menggunakan perisian SPSS 11.5. Penganalisisan data kajian ini menggunakan statistik deskriptif dan statistik inferensi yang termasuk korelasi Pearson, ujian-t bebas, dan ANOVA satu hala. Hasil kajian mendapati kemahiran matematik dan juga pencapaian Ekonomi Asas adalah pada tahap rendah. Dapatan kajian menunjukkan terdapat hubungan tinggi yang positif antara kemahiran matematik dengan pencapaian Ekonomi Asas dalam kalangan pelajar Tingkatan 4 (r=+0.628, p<0.05). Penentuan koefisien (r²=0.39) menunjukkan faktor-faktor lain yang mempengaruhi pencapaian Ekonomi Asas pelajar juga tidak dapat diabaikan. Dalam pada itu, terdapat perbezaan signifikan kemahiran matematik dengan pencapaian Ekonomi Asas berdasarkan etnik (p=0.00) dan lokasi sekolah (p=0.00).Namun, kajian mendapati bahawa tiada perbezaan signifikan kemahiran matematik dengan pencapaian Ekonomi Asas berdasarkan jantina (p=0.939; 0.347). Implikasi kajian dan cadangan-cadangan meningkatkan kemahiran matematik supaya dapat meningkatkan pencapaian Ekonomi Asas serta mengurangkan perbezaan etnik dan lokasi sekolah turut dibincangkan,Sarjana
Pages: 207
Call Number: QA11.P338 2011
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Education / Fakulti Pendidikan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_81914+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
4.13 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.