Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/459742
Title: | Penggunaan, minat dan masalah dalam pelaksanaan ICT pendidikan Islam di sekolah menengah pertama negeri bandar Payakumbuh Sumatera Barat Indonesia |
Authors: | Novarita Yesi (P48140 ) |
Supervisor: | Puan Khadijah Binti Abdul Razak |
Keywords: | Islamic education-Study and teaching (Secondary)- Indonesia -Computer-assisted instruction. ICT-Pendidikan Islam-Sumatera Barat |
Issue Date: | 16-Jan-2012 |
Description: | Kajian ini bertujuan untuk mengetahui penggunaan ICT dalam meningkatkan minat belajar Pendidikan Islam di Sekolah Menengah Pertama Negeri (SMPN) Bandar Payakumbuh Negeri Sumatera Barat Indonesia dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Kaedah yang digunakan sebagai metode kajian ini ialah kaedah tinjauan dengan menggunakan pendekatan kuantitatif. Subjek kajian yang terlibat adalah 47 orang guru pendidikan Islam dan 314 orang pelajar. Data yang diperoleh dianalisis menggunakan statistik deskriptif dan statistik inferensi berbantukan perisian SPSS Windows Versi 16.0. Dapatan kajian berdasarkan persoalan kajian dan hasilnya menunjukkan bahawa tahap penggunaan ICT oleh guru Pendidikan Islam dalam pengajaran dan pembelajaran berada pada tahap yang tinggi (Min=3.74). Kajian juga mendapat guru-guru pendidikan Islam sangat berminat dan bersikap positif terhadap penggunaan ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Islam (Min = 4.23). Selain itu didapati pelajar sangat berminat (Min=3.86) terhadap Pendidikan Islam. Kajian juga menunjukkan guru tidak mempunyai masalah dalam menggunakan ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran pendidikan Islam dengan Min=2.23. Selain itu dapatan juga menunjukkan skor min minat pelajar berdasarkan jantina, tempat tinggal dan memiliki internet di rumah tidak wujud perbezaan yang ketara antara ketiga-tiga latar belakang maklumat responden. Dari segi hubungan antara minat pelajar terhadap ICT dengan jantina, tempat tinggal dan pemilikan internet di rumah juga menunjukkan tiada hubungan yang signifikan. Seterusnya dapatan kajian juga menunjukkan tiada hubungan yang signifikan antara penggunaan ICT dengan pengalaman mengajar guru Pendidikan Islam. Namun, terdapat hubungan yang signifikan antara kekerapan penggunaan ICT dan minat guru Pendidikan Islam terhadap ICT. Selanjutnya juga terdapat hubungan yang signifikan antara kekerapan penggunaan ICT dengan masalah-masalah yang dihadapi oleh guru Pendidikan Islam berada pada tahap yang tingg,Sarjana |
Pages: | 170 |
Call Number: | LC910.I5 N648 2012 |
Publisher: | UKM, Bangi |
Appears in Collections: | Faculty of Education / Fakulti Pendidikan |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_81890+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 839.49 kB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.