Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/459741
Title: | Keberkesanan penggunaan pelbagai media pengajaran dalam meningkatkan kemahiran proses sains dan pencapaian pelajar |
Authors: | Vebrianto Rian. (P51209) |
Supervisor: | Kamisah Bt Osman, PM. Dr |
Keywords: | Dissertations, Academic -- Malaysia Non- equivalent control group design (ICT) - Pengajaran Sains Media Pengajaran |
Issue Date: | 18-May-2011 |
Description: | Media pengajaran merupakan komponen penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Kajian ini dijalankan untuk melihat keberkesanan penggunaan pelbagai media pengajaran (PMP) yang berasaskan konstruktivisme dalam proses pengajaran dan pembelajaran sains bagi meningkatkan kemahiran proses sains (KPS) dan pencapaian sains pelajar Sekolah Menengah Pertama Siak Sri Inderapura, Riau Indonesia. Kajian ini mengembangkan 4 buah modul bercetak dan pembelajaran multimedia yang terdiri dari 8 sub-tajuk. Kajian ini mengunakan kaedah eksperimenkuasi dengan rekabentuk ”non- equivalent control group design” yang melibatkan dua kumpulan rawatan dan satu kumpulan kawalan. Kumpulan rawatan yang pertama menggunakan modul ICT dan kumpulan rawatan kedua menggunakan modul alam sekitar. Manakala kumpulan kawalan mengikuti proses pengajaran dan pembelajaran secara konvensional. Kajian ini dijalankan ke atas sekumpulan 96 pelajar di sebuah sekolah menengah di Siak Sri Inderapura, Riau Indonesia. Instrumen yang digunakan dalam penyelidikan ini adalah ujian Kemahiran Proses Sains (KPS) dan ujian Pencapaian pelajar. Analisis dapatan kuantitatif dilakukan secara deskriptif yang kemudiannya disusuli dengan analisis inferensi menggunakan ujian ANOVA dan MANOVA. Dapatan kajian menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan pengetahuan KPS dan pencapaian dalam sains antara kumpulan pelajar yang mengikuti strategi ICT dan alam sekitar dengan kumpulan pelajar yang mengikuti strategi konvensional. Kajian menyimpulkan bahawa pengajaran dan pembelajaran dengan menggunakan PMP telah memberikan kesan positif terutamanya apabila menggunakan modul ICT dan alam sekitar terhadap KPS pelajar dan pencapaian pelajar dalam matapelajaran sains.,Sarjana |
Pages: | 319 |
Call Number: | LB1028.4 .V435 2011 |
Publisher: | UKM, Bangi |
Appears in Collections: | Faculty of Education / Fakulti Pendidikan |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_81880+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 1.84 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.