Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/459740
Title: | Tahap kesediaan pembelajaran kendiri dan jenis gaya pembelajaran serta hubungan dengan pencapaian akademik dalam kalangan guru pelatih di IPG Zon Timur |
Authors: | Malek Saat. (P47643) |
Supervisor: | Norzaini Azman, Prof. Madya Dato’ Dr. |
Keywords: | Dissertations, Academic -- Malaysia Pembelajaran kendiri Self culture - Evaluation |
Issue Date: | 10-Dec-2011 |
Description: | Kajian bertujuan meninjau tahap kesediaan pembelajaran kendiri dan jenis gaya pembelajaran serta hubungan dengan pencapaian akademik dalam kalangan guru pelatih di IPG Zon Timur. Rekabentuk kajian menggunakan pendekatan kuantitatif melibatkan kaedah tinjauan sebagai kaedah utama dan temubual sebagai kaedah sokongan. Kajian dijalankan di IPG Zon Timur melibatkan sampel guru pelatih ambilan Januari 2009 seramai 248 orang terdiri 112 lelaki dan 136 perempuan untuk tujuan soal selidik dan 9 orang guru pelatih dipilih untuk ditemubual. Pemilihan sampel secara rawak berstrata. Instrumen kajian yang digunakan untuk mengumpul data ialah soal selidik dan temubual. Dapatan kajian dianalisis menggunakan statistik deskriptif dan Inferensi. Statistik deskriptif melibatkan penggunaan min, sisihan piawai, peratus, frekuensi dan jumlah skor. Manakala statistik inferensi melibatkan penggunaan ujian-t, ANOVA sehala dan kolerasi Pearson. Dapatan kajian menunjukkan tahap kesediaan pembelajaran kendiri dalam kalangan guru pelatih di IPG Zon Timur adalah sederhana dengan min skor 219.72. Analisis ujian-t menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan tahap kesediaan pembelajaran kendiri dan jenis gaya pembelajaran berdasarkan jantina dan lokasi kediaman. Analisis ANOVA sehala menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan tahap kesediaan pembelajaran kendiri berdasarkan opsyen. Manakala bagi jenis gaya pembelajaran, analisis ANOVA sehala menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan jenis gaya pembelajaran berdasarkan opsyen kecuali jenis gaya pembelajaran bergantung dan kompetetif. Jenis gaya pembelajaran pilihan dalam kalangan guru pelatih ialah gaya pembelajaran kolaboratif dan turut serta. Selain itu, analisis kolerasi Pearson menunjukkan tidak terdapat hubungan yang signifikan antara tahap kesediaan pembelajaran kendiri dan jenis gaya pembelajaran dengan pencapaian akademik. Sebaliknya, analisis kolerasi Pearson menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan antara tahap kesediaan pembelajaran kendiri dengan jenis gaya pembelajaran kecuali jenis gaya pembelajaran bergantung. Dapatan kajian menyokong pelbagai program yang dijalankan oleh pihak pengurusan IPG untuk meningkatkan tahap kesediaan pembelajaran kendiri dan mencadangkan pembaikan jenis gaya pembelajaran bagi peningkatan pencapaian akademik.,Sarjana |
Pages: | 194 |
Call Number: | LC32.M338 2011 |
Publisher: | UKM, Bangi |
Appears in Collections: | Faculty of Education / Fakulti Pendidikan |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_81867+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 2.89 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.