Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/459737
Full metadata record
DC Field | Value | Language |
---|---|---|
dc.contributor.advisor | Lilia Halim, Professor Dr. | |
dc.contributor.author | Edy Hafizan Mohd Shahali. (P45686) | |
dc.date.accessioned | 2023-09-13T09:32:04Z | - |
dc.date.available | 2023-09-13T09:32:04Z | - |
dc.date.issued | 2012-03-08 | |
dc.identifier.other | ukmvital:81864 | |
dc.identifier.uri | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/459737 | - |
dc.description | Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti konsepsi, tahap penguasaan dan pelaksanaan Kemahiran Proses Sains (KPS) bersepadu dalam kalangan guru sains sekolah rendah di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Konsepsi dan tahap penguasaan KPS bersepadu diukur melalui soal selidik. Kebolehpercayaan instrumen adalah 0.87. Manakala aspek pelaksanaan KPS bersepadu pula diukur melalui pemerhatian terhadap aktiviti pengajaran dan pembelajaran, analisis dokumen dan senarai semak KPS bersepadu. Kajian melibatkan seramai 329 guru sains dari 52 buah sekolah rendah yang dipilih melalui persampelan secara rawak. Data dianalisa secara deskriptif dan inferensi yang melibatkan ujian-t, ANOVA dan Korelasi Pearson. Dapatan menunjukkan majoriti guru (74.1% hingga 83.6%) berpersepsi bahawa mereka mempunyai tahap kefahaman yang tinggi terhadap setiap sub komponen KPS bersepadu. Namun demikian, persepsi guru terhadap tahap kefahaman KPS bersepadu ini tidak selari dengan tahap kefahaman sebenar (pengetahuan konseptual). Guru didapati tidak mempunyai pengetahuan konseptual KPS bersepadu yang baik. Walaubagaimanapun, tahap penguasaan (praktikal) KPS bersepadu guru adalah pada tahap baik secara keseluruhan dengan nilai min 20.86. Bagi aspek pelaksanaan KPS bersepadu, guru didapati tidak memberi peluang kepada murid dalam membincangkan dan menetapkan hipotesis, pembolehubah dan definisi operasi ketika menjalankan amali sains. Persediaan pengajaran guru adalah berfokus kepada persediaan pengajaran isi kandungan dan tidak dinyatakan secara spesifik KPS bersepadu yang akan diajarkan di dalam objektif pengajaran. Amali sains dilakukan bagi mengesahkan konsep/pengetahuan sains yang telah diajarkan oleh guru dan bukannya untuk murid menemui sendiri konsep/pengetahuan sains tersebut. Kesimpulannya, guru sains menguasai KPS bersepadu secara praktikal tetapi tidak menguasainya secara teoritikal. Pelaksanaan KPS bersepadu dalam pengajaran pula adalah secara implisit. Maka penekanan perlu diberikan terhadap KPS bersepadu dalam latihan pra dan latihan dalam perkhidmatan agar guru berupaya untuk memahami, menguasai dan melaksanakannya secara bermakna dalam proses pengajaran dan pembelajaran sains.,Sarjana | |
dc.language.iso | may | |
dc.publisher | UKM, Bangi | |
dc.relation | Faculty of Education / Fakulti Pendidikan | |
dc.rights | UKM | |
dc.subject | Science-study and teaching (Primary)-Malaysia. | |
dc.subject | Kemahiran Sains Bersepadu | |
dc.title | Konsepsi, tahap penguasaan dan pelaksanaan kemahiran proses sains bersepadu dalam kalangan guru sains sekolah rendah di Kuala Lumpur | |
dc.type | theses | |
dc.format.pages | 263 | |
dc.identifier.callno | LB1585.5.M4 E339 2012 | |
dc.identifier.barcode | 001515 | |
Appears in Collections: | Faculty of Education / Fakulti Pendidikan |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_81864+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 1.17 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.