Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/459736
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorAbdul Razaq Ahmad, Prof. Madya Dr
dc.contributor.authorAwg Kasmurie Awg Kitot. (P47441)
dc.date.accessioned2023-09-13T09:32:03Z-
dc.date.available2023-09-13T09:32:03Z-
dc.date.issued2011-07-15
dc.identifier.otherukmvital:81860
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/459736-
dc.descriptionKajian ini adalah satu kajian kuasi eksperimen bagi menguji tahap keberkesanan pengajaran inkuiri untuk meningkatkan pemikiran kritis dan pencapaian pelajar dalam mata pelajaran Sejarah. Sampel kajian terdiri daripada 41 orang pelajar sebagai kelas rawatan dan 42 orang pelajar kelas kawalan di dua buah kelas aliran sains di SMK Matang Jaya, Kuching, Sarawak. Pemikiran kritis dalam eksperimen ini adalah berkaitan dengan aspek seperti mencirikan, membanding, mengumpul maklumat, membuat turutan, menganalisis, menilai dan membuat kesimpulan. Manakala pencapaian pula merujuk kepada dapatan berdasarkan ujian yang dilakukan. Kajian rintis menunjukkan item soal selidik yang digunapakai berada pada tahap alpha Cronbach yang tinggi iaitu 0.9031 yang boleh digunapakai untuk kajian sebenar. Hasil kajian menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan di bawah aras 0.05 tahap pemikiran kritis dan pencapaian pelajar antara kelas rawatan dan kelas kawalan menggunakan pengajaran inkuiri. Seterusnya hasil kajian juga menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan aspek persepsi, peningkatan tahap pemikiran kritis dan pencapaian pelajar kelas rawatan terhadap pengajaran inkuiri berdasarkan jantina. Analisis Manova pula mendapati perbezaan yang signifikan daripada aspek pemikiran kritis dan pencapaian pelajar berdasarkan kaum menggunakan pengajaran inkuiri. Implikasi kajian menunjukkan pengajaran inkuiri amat berkesan untuk meningkatkan pemikiran kritis dan pencapaian pelajar. Malah, pengajaran inkuiri sememangnya perlu diberikan penekanan yang padu dalam pengajaran dan pembelajaran. Oleh itu, guru-guru perlu diberikan latihan yang cukup supaya pengajaran inkuiri dapat diaplikasikan di dalam kelas bagi meningkatkan pencapaian pelajar dalam mata pelajaran Sejarah.,Sarjana
dc.language.isomay
dc.publisherUKM, Bangi
dc.relationFaculty of Education / Fakulti Pendidikan
dc.rightsUKM
dc.subjectDissertations, Academic -- Malaysia
dc.subjectInkuiri
dc.subjectPemikiran Kritis
dc.titleKeberkesanan pengajaran inkuiri dalam meningkatkan pemikiran kritis dan pencapaian pelajar dalam mata pelajaran sejarah
dc.typetheses
dc.format.pages173
dc.identifier.callnoLB1027.23 .A977 2011
dc.identifier.barcode001511
Appears in Collections:Faculty of Education / Fakulti Pendidikan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_81860+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
1.8 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.