Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/459735
Title: | Hubungan antara penerapan pendidikan alam sekitar dalam pengajaran kimia dengan kesedaran dan sikap terhadap alam sekitar dalam kalangan pelajar di Terengganu |
Authors: | Mohd Zaid Ismail. (P45654) |
Supervisor: | Arba’at Hassan, Dr. |
Keywords: | Dissertations, Academic -- Malaysia Pendidikan alam sekitar Pengajaran Kimia |
Issue Date: | 12-Aug-2011 |
Description: | Penerapan pendidikan alam sekitar di Malaysia adalah secara merentas kurikulum. Kajian ini bertujuan melihat hubungan di antara amalan penerapan pendidikan alam sekitar dalam pengajaran Kimia dengan kesedaran dan sikap pelajar terhadap alam sekitar. Sampel kajian adalah 127 orang guru-guru Kimia dan 367 orang pelajar-pelajar tingkatan empat yang mengambil mata pelajaran Kimia di Terengganu. Persampelan bagi guru dilakukan secara rawak berstrata manakala bagi pelajar secara berkelompok. Kajian kuantitatif ini menggunakan kaedah tinjauan dengan instrumen borang soal selidik. Datadata dikumpul dan dianalisis menggunakan program SPSS 17.0. Analisis data menggunakan statistik deskriptif dan inferensi. Hasil analisis deskriptif mendapati tahap pengetahuan, sikap dan amalan penerapan pendidikan alam sekitar guru-guru Kimia adalah tinggi. Manakala kekangan dalam menerapkan pendidikan alam sekitar adalah sederhana. Dapatan juga menunjukkan tahap kesedaran dan sikap pelajar terhadap alam sekitar adalah tinggi. Analisis inferensi daripada ANOVA dua-hala pula mendapati tidak terdapat perbezaan yang signifikan pengetahuan, sikap dan amalan penerapan pendidikan alam sekitar di antara guru-guru berlainan jantina dan lokasi sekolah. Analisis korelasi Pearson juga mendapati tidak terdapat hubungan yang signifikan di antara penerapan pendidikan alam sekitar dalam pengajaran Kimia dengan kesedaran dan sikap pelajar terhadap alam sekitar. Dapatan ini menunjukkan kesedaran dan sikap pelajar tidak bergantung kepada amalan penerapan pendidikan alam sekitar dalam pengajaran Kimia tetapi terdapat faktor-faktor lain yang mempengaruhinya. Implikasi kajian ialah penerapan pendidikan alam sekitar merentas kurikulum perlu ditambah nilai agar mampu membangkitkan kesedaran dan sikap pelajar terhadap alam sekitar. Di samping itu, kurikulum pendidikan alam sekitar perlu dirombak dengan mengintegrasikan lebih banyak topik-topik berkenaan pendidikan alam sekitar khususnya dalam mata pelajaran Kimia.,Sarjana |
Pages: | 165 |
Call Number: | GE70 .M638 2011 |
Publisher: | UKM, Bangi |
Appears in Collections: | Faculty of Education / Fakulti Pendidikan |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_81855+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 1.05 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.