Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/459734
Title: | Pengetahuan pedagogi isi kandungan guru sains dalam penerapan pendidikan mengenai alam sekitar |
Authors: | Sharifah Intan Sharina Syed Abdullah. (P51064) |
Supervisor: | Lilia Halim, Prof. Dr. |
Keywords: | Pedagogical content knowledge. |
Issue Date: | 13-Nov-2011 |
Description: | Kajian ini meninjau tahap pengetahuan pedagogi isi kandungan Pendidikan Alam Sekitar (PPIK-PAS) dalam kalangan guru-guru sains. Pendidikan mengenai alam sekitar dintegrasikan merentasi kurikulum di peringkat sekolah rendah dan menengah. Terdapat empat komponen PPIK-PAS yang dikaji secara berasingan iaitu pengetahuan isi kandungan, pengetahuan tentang pelajar, pengetahuan tentang strategi pengajaran dan pengetahuan tentang penilaian. Kajian ini juga melihat kesan pengaruh opsyen pengajaran, pengalaman mengajar serta latar belakang latihan sebagai faktor yang mempengaruhi tahap PPIK-PAS guru-guru sains. 347 orang guru sains sekolah menengah negeri Selangor mengambil bahagian dalam kajian tinjauan yang dijalankan. Instrumen yang digunakan adalah soal selidik yang mengandungi 60 item. Data kajian dianalisis secara deskriptif dan inferensi. Kaedah analisis inferensi yang digunakan adalah ANOVA satu hala, ujian korelasi Spearman rho dan ujian-t bebas. Dapatan kajian mendapati tahap penguasaan yang rendah dalam kalangan responden kajian bagi pengetahuan tentang strategi pengajaran, manakala tahap penguasaan mereka bagi komponen pengetahuan yang lain, iaitu pengetahuan tentang kurikulum, pengetahuan isi kandungan, pengetahuan tentang pelajar dan pengetahuan tentang penilaian adalah di tahap sederhana. Analisis inferensi pula menunjukkan bahawa opsyen pengajaran dan pengalaman mengajar mempengaruhi tahap komponen PPIKPAS yang tertentu sahaja, manakala tidak dapat perbezaan yang signifikan bagi guruguru sains yang pernah menerima latihan khas tentang Pendidikan Alam Sekitar dengan yang sebaliknya. Implikasi daripada kajian ini membawa kepada cadangan pemantapan program pembangunan profesionalisme guru terutamanya di peringkat praperkhidmatan. Ini kerana latihan praperkhidmatan didapati sebagai faktor yang menentukan opsyen guru. Selain itu, dicadangkan supaya penekanan program diberikan terhadap aspek strategi penyampaian pengajaran pendidikan mengenai alam sekitar dengan pertimbangan bahawa pendidikan ini disampaikan melalui pendekatan integrasi kurikulum. Pendekatan ini menjadi cabaran kepada guru-guru sains untuk mengenal pasti strategi terbaik menyampaikan pendidikan mengenai alam sekitar dalam konteks kurikulum pendidikan negara yang padat. Ini bermakna, guru sains memerlukan PPIK-PAS walaupun pendekatan menerapkan Pendidikan Alam Sekitar yang dihasratkan adalah merentasi kurikulum,Sarjana |
Pages: | 186 |
Call Number: | LB1028.3 .S483 2011 |
Publisher: | UKM, Bangi |
Appears in Collections: | Faculty of Education / Fakulti Pendidikan |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_81850+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 1.12 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.