Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/459728
Title: | Keberkesanan kaedah peta pemikiran (i-think) terhadap pencapaian, sikap dan kesediaan murid tingkatan empat |
Authors: | Nik Nur Farihah Nik Harmi. (P61795) |
Supervisor: | Prof. Dr. Zamri Mahamod |
Keywords: | Peta pemikiran (i-think) Pencapaian murid. Murid tingkatan empat Creative thinking. |
Issue Date: | 16-Oct-2014 |
Description: | Pengajaran dan pembelajaran (P&P) bahasa khususnya Komponen Sastera Bahasa Melayu (Komsas) boleh dijadikan medium yang berkesan untuk mengajar kemahiran berfikir aras tinggi serta melahirkan murid yang berfikir secara kritis dan kreatif. Kajian ini bertujuan untuk mengkaji sejauhmanakah keberkesanan kaedah peta pemikiran (i-Think) yang digunakan oleh guru semasa proses P&P berjalan bagi meningkatkan pencapaian murid. Kajian ini juga melihat sikap, kesediaan dan penerimaan murid tingkatan empat terhadap pembelajaran Komsas dengan menggunakan peta pemikiran. Seterusnya, kajian ini membandingkan pencapaian dan sikap murid kumpulan eksperimen dan kumpulan kawalan sebelum dan selepas pengajaran. Selain itu, kajian ini mengenalpasti faktor keberkesanan (sikap dan kesediaan) terhadap variasi dalam penerimaan murid melalui kaedah peta pemikiran. Kajian ini menggunakan kaedah kajian kuasi-eksperimental bagi menguji keberkesanan kaedah peta pemikiran dalam P&P Komsas. Kajian ini dijalankan selama lapan minggu dengan menggunakan borang kaji selidik yang melibatkan 68 orang murid sebuah sekolah menengah di daerah Pasir Puteh, Kelantan. Murid kumpulan eksperimen terdiri daripada 33 orang dan murid kumpulan kawalan pula terdiri daripada 35 orang. Data dianalisis menggunakan Statistical Package for Social Science for Windows Version 18.0 (SPSS) sebagai alat untuk pemerihalan data deskriptif dan inferensi. Kajian rintis digunakan untuk mendapatkan kesahan dan kebolehpercayaan instrumen borang kajiselidik untuk memperoleh nilai Cronbach Alpha (?�). Nilai (?�) berada pada tahap tinggi (?� = 0.804) secara keseluruhan bagi setiap item dalam borang kaji selidik. Dapatan kajian menunjukkan bahawa min bagi pencapaian, sikap, kesediaan, dan penerimaan selepas P&P menggunakan peta pemikiran berada pada tahap tinggi. Selain itu, terdapat perbezaan yang signifikan p<0.05 antara markah pencapaian murid kumpulan eksperimen dan kumpulan kawalan sebelum dan selepas proses P&P. Hal ini menunjukkan bahawa peta pemikiran mempengaruhi dan menyumbang kepada pencapaian, sikap, kesediaan dan penerimaan murid dalam P&P Komsas. Di samping itu, terdapat perbezaan yang signifikan p<0.05 antara sikap kumpulan eksperimen dan kumpulan kawalan sebelum dan selepas menggunakan kaedah pembelajaran yang berbeza. Seterusnya, analisis regrasi mendapati faktor sikap (25.7%) dan kesediaan (64.2%) menyumbang kepada penerimaan murid dengan menggunakan kaedah peta pemikiran selepas proses P&P. Oleh itu, dengan menggunakan peta pemikiran sebagai satu kaedah yang baharu dan efektif kepada murid-murid bagi meningkatkan minat dan kesan yang lebih mendalam untuk mempelajari Komsas.,Teaching and learning (T&L) language especially Malay literature component (Komsas) can be used as an effective medium to teach the higher level of thinking and also to produce the students who think critically and creatively. The aim of this research is to study the effectiveness of mind map method (i-Think) that has been used by teachers in T&L process which aim to enhance students’ achievement. This research also focused on behaviour, readiness and acceptance of form four students toward learning Komsas by using mind map. Thus, the study compared the achievement and attitude of experiment group and controlled group before and after teaching. Quasi-experimental was used to test the effectiveness of mind map method in T&L of Komsas. This research was conducted for eight weeks using the questionnaires which involving 68 students in one school in Pasir Puteh, Kelantan. 33 students were involved in experiment group and 35 students in controlled group. Statistical Package for Social Science for Windows Version 18.0 (SPSS) was used to analyse the descriptive and inferential data. The pilot study was used to obtain the reliability and illegally of the questionnaires instrument from the Cronbach Alpha (?�) value. Overall, the alpha value (?� = 0.804) showed the high level for each item in the questionnaire. The result revealed the min of achievement, behaviour, readiness, and acceptance for T&L by using mind map were in high level score. Apart from that, there was a significant difference p<0.05 between the achievement mark of experiment group and controlled group for before and after T&L. This shows that the mind map is thought to influence and contribute to the achievement, attitude, willingness and acceptance of students in T&L Komsas. Besides, a significant difference can be seen p<0.05 in behaviour aspect between experiment group and controlled group for before and after using different learning method. Regression factor yield that behaviour (25.7%) and readiness (64.2%) contributed to students’ acceptance after mind map method was used in T&L process. In conclusion mind map can be used as one of the new and effective methods which can increase their interest and impact to learn Komsas.,Master |
Pages: | 168 |
Call Number: | LB1062 .N536 2014 |
Publisher: | UKM, Bangi |
Appears in Collections: | Faculty of Education / Fakulti Pendidikan |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_81488+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 2.67 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.