Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/459726
Title: | Motif penglibatan, impak penglibatan dan tahap kepuasan diri dalam kalangan sukarelawan sukan Institusi Pengajian Tinggi. |
Authors: | Aishah Nadirah Mohamed Alauddin (P63762) |
Supervisor: | Dr Tajul Arifin Muhamad |
Keywords: | Sukarelawan Motif penglibatan Impak penglibatan Student volunteers in social service-Malaysia. |
Issue Date: | 30-Mar-2014 |
Description: | Sukarelawan ialah salah satu sumber utama bagi menguruskan serta menjalankan fungsi dan tugasan sesebuah acara sukan. Kajian ini bertujuan untuk menyelidik motif yang mempengaruhi penglibatan sukarelawan sukan institusi pengajian tinggi. Kajian ini juga bertujuan untuk mengenalpasti motif penglibatan sukarelawan iaitu kerjaya, sosial, nilai, pemahaman, peningkatan dan perlindungan yang menyumbang kepada impak penglibatan dan tahap kepuasan diri sukarelawan. Seramai 60 orang sukarelawan bagi Sukan Institusi Pengajian Tinggi (SUKIPT 2012) yang terdiri daripada 26 lelaki dan 34 perempuan dalam kalangan pelajar Universiti Kebangsaan Malaysia , telah dijadikan responden utama dalam penyelidikan ini. Bagi tujuan kajian ini, soal selidik yang diubah suai daripada Volunteer Function Inventory (VFI) oleh Clary et al. (1998) diguna pakai bagi menguji motif individu untuk menjadi sukarelawan melalui pendekatan teori fungsi. Hasil kajian mendapati nilai min yang tertinggi bagi motif penglibatan sukarelawan adalah bagi motif pemahaman (M = 4.05) diikuti motif nilai (M = 4.03). Dapatan kajian juga menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan bagi penglibatan yang bermotifkan nilai (t = 2.06, p < 0.05), dan pemahaman (t = 2.24, p < 0.05) berdasarkan jantina. Seterusnya, kajian ini menunjukkan bahawa motif peningkatan merupakan faktor motivasi yang paling menyumbang kepada impak penglibatan sukarelawan, manakala motif nilai pula adalah faktor motivasi yang paling menyumbang kepada tahap kepuasan sukarelawan. Dapatan kajian ini bermanfaat dalam meningkatkan pemahaman terhadap tahap motivasi dalam kalangan sukarelawan. Dapatan kajian ini juga akan dapat membantu setiap organisasi atau badan sukarela untuk merancang program pengambilan sukarelawan yang berkesan bagi meningkatkan kualiti sukarelawan yang sedia ada demi memastikan kejayaan penganjuran sesebuah acara sukan.,Volunteering is one of the main sources for managing and carrying out the functions and duties of sport event. This study was aimed to investigate the motives for volunteering in sports towards impact of participation and self satisfaction. This study was designed to identify motives of career, social, value, understanding, enhancement and protection that contributed to the impact of participation and self satisfaction among sports volunteers. A total of 60 Higher Education Institutions Games (SUKIPT 2012) volunteers among the students of the National University of Malaysia , which consists of 26 men and 34 women were involved as the main respondents in this research. For the purposes of this study, the questionnaire was adapted from the Volunteer Function Inventory (VFI) by Clary et al. (1998) to test individuals motives to become volunteer through functional theory approach. The result showed the highest mean of volunteers’ motives was understanding (M = 4.05) followed by value (M = 4.03). The result also showed a significant difference for volunteers’ participation in terms of value (t = 2.06, p <0.05), and understanding (t = 2.24, p <0.05) based on gender. Further, this study showed that enhancement is the main motivating factor that most contributes to the impact of involvement, while value is the main motivating factor that most contributes to volunteers’ satisfaction. The findings of this study are beneficial in improving the understanding of motivational level among volunteers. This understanding will also help each organization or voluntary organizations to plan an effective volunteer recruitment programs. This will also help to improve the quality of existing volunteers to ensure the successful organization of any sport event.,Master |
Pages: | 86 |
Call Number: | LC221.4.M4 A387 2013 |
Publisher: | UKM, Bangi |
Appears in Collections: | Faculty of Education / Fakulti Pendidikan |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_81273+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 1.49 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.