Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/459709
Title: Pemeriksaan ciri-ciri psikometrik IKEM-P menggunakan model Rasch
Authors: Nor Mazni bt Mohamad Aini (P54029)
Supervisor: Jamil bin Ahmad, Dr.
Keywords: Psikometrik
Psychometrics
Issue Date: 1-Oct-2013
Description: Kajian ini bertujuan untuk memeriksa ciri-ciri psikometrik IKEM-R menggunakan Model Rasch dengan mengesan kebezaan kefungsian item berkaitan gender (Gender related Differential Item Functioning – GDIF) ke atas instrumen Inventori Kepintaran Emosi Malaysia-Remaja (IKEM-R) / Malaysian quoetient Inventory (MEQI) for adolescence. Instrumen IKEM-R telah dibina oleh sekumpulan penyelidik Fakulti Pendidikan Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi yang diketuai oleh Noriah Mohd Ishak. IKEM-R mengandungi 155 item persepsi skala likert 5 mata daripada 7 domain kecerdasan emosi iaitu domain kesedaran kendiri (KK), regulasi kendiri (RK), motivasi kendiri (MK), empati (EM), kemahiran sosial (KS), kerohanian (KR) dan kematangan (KM). Responden kajian terdiri daripada 393 pelajar tingkatan empat. Data yang dikumpul telah dianalisis menggunakan program Winsteps versi 3.69.1.11 yang mengaplikasikan Model Rasch. Analisis yang digunakan untuk menentukan GDIF ialah dengan mengambil ukuran kesukaran item untuk item yang sama bagi sampel lelaki dan perempuan. Hasil kajian menunjukkan 7 item yang dikenal pasti sebagai GDIF yang signifikan dan penting diambil perhatian dalam instrumen IKEM-R dengan nilai saiz dari +0.55 hingga +0.67 logits dan -0.53 hingga -0.83 logits. Item-item GDIF yang signifikan dan penting diambil perhatian dalam domain IKEM-R ialah MK 1 item, EM 2 item, KS 1 item, KR 2 item dan KM 1 item. Tidak ada item yang menunjukkan GDIF yang signifikan dan penting diambil perhatian bagi domain kesedaran kendiri dan regulasi kendiri. Bilangan item GDIF yang signifikan tetapi tidak perlu diambil perhatian ialah 32 item manakala item yang dianggap selamat dan adil ialah 116 item. Kesimpulannya analisis GDIF menggunakan Model Rasch patut dijalankan dalam pembinaan item bagi memastikan semua item adalah adil kepada kedua-dua gender,Master/Sarjana
Pages: 161
Call Number: BF39.N587 2013 tesis
Publisher: UKM, Bangi
URI: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/459709
Appears in Collections:Faculty of Education / Fakulti Pendidikan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_76974+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
2.73 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.