Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/459708
Title: Tahap keprihatinan guru j-Qaf dalam inovasi program pemulihan Jawi sekolah rendah
Authors: Mohd Mazhan bin Tamyis
Keywords: Guru j-Qaf
Islamic education
Issue Date: 2013
Description: Kajian ini bertujuan menilai peringkat keprihatinan guru dalam melaksanakan inovasi program Pemulihan Jawi j-QAF. Untuk itu Model Penerimaan Berasaskan Keprihatinan atau Concerns-Based Adoption Model (CBAM) digunakan untuk mengenal pasti Peringkat Keprihatinan (Stages of Concerns, SoC). Kajian ini mengunakan kaedah kuantitatif berbentuk kajian tinjauan. Responden kajian berjumlah 128 orang guru j-QAF dari empat buah zon di Kuala Lumpur. Kajian mengguna pakai Stages of Concern Questionnaire (SoCQ) yang diadaptasi daripada instrumen sebenar CBAM. Data dianalisis secara deskriptif dan inferensi. Keputusan menunjukkandua peringkat keprihatinan yang paling tinggi di antara ketujuh-tujuh peringkat keprihatinan tersebut adalah peringkat PK 4 Kesan (min=4.86) dan PK 2 Peribadi (min=4.65). Profil Peringkat Keprihatinan sedemikian menunjukkan guru j-QAF memfokuskan kepada kesan inovasi ke atas murid dan bagaimanakah kesan pengajaran yang mereka amalkan boleh memberi impak terhadap perkembangan murid. Responden kajian juga masih memerlukan maklumat tentang inovasi, ingin mengetahui apakah kesan inovasi terhadap mereka, ingin mengetahui bagaimanakah pengajaran boleh berubah dan apakah peranan mereka dalam melaksanakan inovasi. Keputusan analisis ujian-t mendapati tidak terdapat perbezaan yang signifikan dari segi peringkat keprihatinan guru berdasarkan pengalaman mengajar dan latar belakang ijazah sarjana muda dalam/ luar negara guru. Manakala keputusan ujian ANOVA Satu Hala pula mendapati terdapat perbezaan yang signifikan dari segi peringkat keprihatinan guru di antara guru zon Keramat dengan zon Pudu. Secara keseluruhannya boleh dirumuskan bahawa guru-guru belum bersedia melonjakkan diri dalam proses perubahan, kurang memahami kandungan program dan kurang menjalani latihan intervensi. Mereka juga dilihat kurang menjalinkan kerjasama dalam persekitaran budaya kerja kolaboratif. Dapatan ini menggambarkan terdapat jurang antara pelaksana dan penggubal dasar serta keperluan mengadakanprogram intervensi untuk menjayakan j-QAF.,Master/Sarjana
Pages: 159
Call Number: LC910.M4M8453 2013 tesis
Publisher: UKM, Bangi
URI: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/459708
Appears in Collections:Faculty of Education / Fakulti Pendidikan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_76959+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
2.33 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.