Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/459707
Title: | Aplikasi Google dalam pengajaran guru Bahasa Melayu |
Authors: | Wan Hazenah W. Ismail |
Supervisor: | Jamaludin Hj Badusah, Prof.Madya Dr |
Keywords: | Aplikasi Google |
Issue Date: | 2014 |
Description: | Teknologi Internet dalam pendidikan semakin berkembang dengan kemunculan pakej perisian Web 2.0. Teknologi ini adalah sebahagian daripada perisian yang dapat dimanfaatkan oleh guru ketika merancang dan membantu pengajaran dan pembelajaran (P&P) Bahasa Melayu. Kajian ini akan membincangkan tentang aplikasi Google dan rangkaian sosial Google Plus (Google+) dalam kalangan guru Bahasa Melayu di Wilayah Persekutuan Putrajaya. Kajian ini dilaksanakan dalam bentuk kuantitatif yang melibatkan sampel seramai 187 orang guru. Statistik deskriptif dan statistik inferensiUjian-t dan ANOVA digunakan bagi menjawab persoalan kajian. Hasil kajian menunjukkan bahawa min keseluruhan penggunaan aplikasi Google berada pada tahap sederhana tinggi dengan nilai min 3.63 dan bagi penggunaan Google+ pada tahap sederhana rendah dengan nilai min 2.88. Dapatan Ujian-t menunjukkan bahawa terdapat perbezaan min yang signifikan antara tahap kesediaan t =2.537; p<0.05, tahap kemahiran t =2.203; p <0.05, dan penggunaan aplikasi Google plus t=3.068; p <0.05 dalam kalangan guru Bahasa Melayu berdasarkan pengkhususan. Hasil analisis ANOVA menunjukkan bahawa terdapat perbezaan yang signifikan tahap pengetahuan F=2.728; p <0.05, tahap kesediaan F=3.244; p <0.05, tahap kemahiran F=7.463; p<0.05, dan penggunaan aplikasi Google Plus F=5.490; p <0.05 guru Bahasa Melayu berdasarkan pengalaman mengajar. Kesediaan dan kemahiran guru Bahasa Melayu memberikan impak yang positif terhadap pengajaran dan pembelajaran.,Master/Sarjana |
Pages: | 158 |
Publisher: | UKM, Bangi |
URI: | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/459707 |
Appears in Collections: | Faculty of Education / Fakulti Pendidikan |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_75271+Source01+Source010.PDF Restricted Access | 1.89 MB | Adobe PDF | ![]() View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.