Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/459706
Title: | Tahap penguasaan kemahiran komunikasi dan pencapaian akademik kalangan pelajar prasiswazah tahun tiga Fakulti Ekonomi dan Pengurusan |
Authors: | Siti Nor Hakimu Putek (P61790) |
Supervisor: | Muhammad bin Hussin, Prof. Madya Dr. |
Keywords: | Kemahiran komunikasi Fakulti Ekonomi dan Pengurusan |
Issue Date: | 2014 |
Description: | Kemahiran komunikasi adalah merupakan salah satu elemen yang penting dalam kemahiran generik dalam kalangan pelajar universiti. Oleh itu, kajian ini bertujuan untuk mengkaji penerapan kemahiran komunikasi dalam subjek ‘Academic Communication’ dan ‘Workplace Communication’ dengan mengenal pasti tahap penguasaan kemahiran komunikasi dan mengenal pasti hubungan antara pencapaian akademik dengan kemahiran komunikasi. Sampel kajian ini terdiri daripada 165 orang pelajar prasiswazah tahun tiga FEP UKM. Kemahiran berkomunikasi ini diukur melalui satu set soal selidik yang diadaptasi daripada kajian Norashikin dan Anisah dan lapan elemen kemahiran komunikasi dengan 66 item diukur dalam kajian ini. Nilai kebolehpercayaan alat kajian ini adalah baik dengan nilai r > 0.70 bagi setiap sub-konstruk yang dikaji. Hasil kajian mendapati bahawa tahap penguasaan kemahiran komunikasi pelajar adalah pada tahap yang tinggi dengan skor min adalah 3.85 dan sub-konstruk kebolehan berunding dan mencapai persetujuan adalah elemen yang paling dominan dalam kajian ini. Analisis ujian-t dan ANOVA satu hala menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan tahap penguasaan kemahiran komunikasi berdasarkan jantina dan pusat pengajian. Malahan analisis korelasi juga mendapati tidak terdapat hubungan yang signifikan kemahiran komunikasi dengan pencapaian akademik pelajar. Walau bagaimanapun, analisis ujian-t terhadap demografi bangsa menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan. Kajian ini menunjukkan bahawa tahap kemahiran komunikasi dalam kalangan sampel kajian adalah baik dan mereka bersedia untuk melangkah ke dalam dunia pekerjaan yang sangat kompetitif.,Master/Sarjana |
Pages: | 173 |
Publisher: | UKM, Bangi |
Appears in Collections: | Faculty of Education / Fakulti Pendidikan |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_75270+Source01+Source010.PDF Restricted Access | 5.54 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.