Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/459704
Title: Tahap keterlibatan murid ketidakupayaan penglihatan di sekolah
Authors: Noorfaziha Hassan (P54147)
Supervisor: Manisah Binti Mohd Ali, Prof. Madya Dr.
Keywords: Penglibatan murid cacat penglihatan
Issue Date: 2014
Description: Kajian ini dijalankan bertujuan mengenal pasti tahap keterlibatan murid ketidakupayaan penglihatan di sekolah. Selain itu kajian ini melihat perbezaan tahap keterlibatan murid ketidakupayaan penglihatan dari segi penempatan sekolah, kategori ketidakupayaan penglihatan dan jantina. Kajian ini menggunakan reka bentuk tinjauan. Sampel kajian terdiri daripada 42 murid ketidakupayaan penglihatan di sekolah menengah pendidikan khas dan sekolah menengah aliran perdana yang menawarkan program pendidikan khas integrasi di sekitar Lembah Klang. Sampel guru seramai 46 orang yang mengajar dipilih secara purposif. Instrumen kajian terdiri daripada satu set borang soal selidik keterlibatan murid dan satu set soal selidik untuk guru. Dua set protokol temu bual untuk guru dan murid digunakan untuk mendapatkan maklumat tentang keterlibatan murid di sekolah secara mendalam. Data dianalisis secara deskriptif yang melibatkan min dan sisihan piawai. Ujian-T digunakan untuk menganalisis dapatan tentang perbezaan keterlibatan dari segi jenis penempatan, kategori penglihatan dan jantina. Data temu bual di transkripsi secara verbatim dan dianalisis mengikut tema. Dapatan kajian menunjukkan secara keseluruhannya, tahap keterlibatan murid ketidakupayaan penglihatan adalah tinggi. Dapatan kajian juga menunjukkan terdapat perbezaan keterlibatan mengikut jantina, kategori penglihatan dan penempatan sekolah. Sampel guru yang berada di sekolah menengah aliran perdana menunjukkan persepsi yang lebih positif berbanding dengan sampel guru di sekolah pendidikan khas. Dapatan kajian juga menunjukkan faktor keluarga merupa penyumbang utama keterlibatan murid di sekolah diikuti dengan faktor sekolah dan rakan sebaya. Kajian ini mempunyai implikasi terhadap bentuk penempatan murid ketidakupayaan penglihatan di sekolah.,Master/Sarjana
Pages: 228
Publisher: UKM, Bangi
URI: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/459704
Appears in Collections:Faculty of Education / Fakulti Pendidikan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_75269+Source01+Source010.PDF
  Restricted Access
1.3 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.